web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecat Ahli Khianati Parti - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 5:08PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), UMNO Melaka yang bertanggungjawab dalam meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) akan dipecat, kata Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagi ADUN yang mengkhianati kerajaan yang dipimpin oleh BN dan UMNO Melaka, saya harap mereka bersedia untuk menerima surat pemecatan mereka,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tegas Zahid, mereka sebagai ADUN UMNO harus taat kepada parti, khususnya jika sesebuah kerajaan itu diterajui UMNO dan BN.

Kerajaan Melaka telah dibubarkan semalam susulan penarikan sokongan empat ADUN, yang mendakwa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Ali.

ADUN terbabit ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, pembubaran DUN perlu disusuli dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa 60 hari.

“PRN Melaka akan bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan, dan tentunya sehingga PRN diumumkan, maka Ketua Menteri akan berfungsi dalam bentuk kerajaan caretaker" katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau menyerahkan kepada Sulaiman untuk menentukan agar kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa.

"Terserah kepada beliau daripada 10 Exco negeri, berapakah jumlah Exco yang diberikan kepercayaan bagi melunaskan perjalanan dan pentadbiran negeri.

“Pada hemat saya tiga orang exco yang telah kehilangan kepercayaan kepada Sulaiman tentunya dapat memikirkan bahawa mereka tidak lagi harus berada dengan Sulaiman untuk melicinkan pentadbiran Melaka,” tegasnya.

Jika PRN Melaka tidak dapat dijalankan akibat pandemik COVID-19 maka adalah wajar bagi SPR untuk membuat ketetapan seperti Sarawak yang menundakan pilihan raya negerinya gara-gara wabak tersebut.

Menurut Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN susulan nasihat daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah). – Getaran, 5 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad