web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Swee Kheng Saksi Ke-15 Kes Terowong Dasar Laut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 4:08PM

Kondominium Palazzo, lokasi Swee Kheng dilaporkan terjatuh dari kediamannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan Ewein Bhd, Datuk Ewe Swee Kheng  yang dilaporkan terjatuh dari kediaman mewahnya di Kondominium Palazzo, pagi tadi merupakan saksi ke-15 dalam kes perbicaraan terowong dasar laut Lim Guan Eng.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Getaran, Swee Kheng dijangka memberi keterangan pada 29 dan 30 November ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata, mangsa menawarkan diri untuk menjadi saksi pendakwaan bagi membantu SPRM dan membersihkan segala tuduhan terhadap dirinya.

“Beliau bukan saksi utama. Beliau adalah saksi yang ke-15 daripada 120 saksi pendakwaan.

“Beliau sendiri yang menawarkan diri dari awal, kerana enggan lagi terkait dengan kes kontroversi berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu berkata, kali terakhir beliau bertemu Swee Kheng adalah pada bulan lalu di Pulau Pinang bagi melengkapkan pernyataan saksi.

“Beliau kelihatan gembira pada waktu itu dan menyatakan hasrat tidak sabar untuk memberi keterangan di mahkamah. Saya berasa agak terkilan apabila mengetahui berita kematiannya pagi ini”.

Swee Kheng pernah direman SPRM pada Januari 2018 lalu bagi membantu siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang.

Guan Eng ketika ini menghadapi dua pertuduhan meminta suapan wang berjumlah RM3.3 juta dan meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan projek pembinaan lebuh raya dan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Terdahulu, seorang lelaki dipercayai terjatuh dari kediamannya di Kondominium Palazzo di Jalan Kelawei, Pulau Tikus, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong bagaimanapun enggan mengesahkan identiti lelaki tersebut, yang dipercayai adalah Swee Kheng.

Mayat Swee Kheng kini berada di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat. - Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar