web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Ditemui Sudah Berulat, Isteri Tak Tahu Suami Meninggal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 8:44PM

Mayat warga emas ini ditemui dalam keadaan berulat tanpa disedari oleh isterinya yang sudah nyanyuk di Sungai Petani. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Jasad suami sudah berulat, namun pemergiannya masih tidak disedari si isteri yang sudah nyanyuk.

Keadaan itu menyebabkan tiada siapa menyedari kisah sedih yang menimpa pasangan berkenaan, hinggalah jiran sekeliling terhidu bau busuk dari rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, bau busuk tersebut dilaporkan kepada anak pasangan warga emas itu hari ini, 

"Kejadian menyayat hati itu berlaku di Taman Ria, dekat sini dengan si suami yang berusia 79 tahun dipercayai sudah pun meninggal dunia untuk tempoh agak lama.

"Anak pasangan itu memaklumkan, ibu bapanya hanya tinggal berdua dengan ibunya yang berusia 80-an mengalami penyakit nyanyuk manakala bapanya pula tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di klinik atau hospital.

"Difahamkan anak pasangan itu biasanya datang seminggu sekali untuk membawa bekalan makanan dan kali terakhir mereka berjumpa pada 23 September lalu. Namun hari ini, dia menerima panggilan dari jiran yang terhidu bau busuk dari rumah ibu bapanya itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anggota forensik memeriksa bilik air di mana mayat seorang warga emas ditemui.
Anggota forensik memeriksa bilik air di mana mayat seorang warga emas ditemui.

Adzli menambah, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut termasuk menjalani ujian COVID-19.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.52 tengah hari.

"Setibanya di lokasi, didapati wanita warga emas tersebut terbaring di atas tilam di ruang tamu dalam keadaan uzur manakala suaminya pula ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik air yang berkunci di kediaman tersebut.

"Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia untuk tempoh lebih 48 jam. Wanita warga emas itu dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans manakala mayat suaminya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran, 1 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad