web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Realiti Bukan Fantasi, Sungai Segget Berubah Wajah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 9:01AM

 Keadaan air Sungai Segget yang jernih dikongsikan di media sosial – Gambar dari Facebook Iskandar Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU : Sungai Segget boleh dikatakan antara sungai yang cukup terkenal bagi warga Johor khususnya mereka yang membesar di daerah Johor Bahru.

Namun, sungai sepanjang 3.4 kilometer di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru dan sepatutnya menjadi mercu tanda kebanggaan itu malangnya hanya dikenali atas sebab yang jelik; kotor dan menjijikkan.

Selama ini, Sungai Segget sinonim dengan kekotoran, berlatar belakang warna air yang hitam legam, bersulam bau busuk dan memualkan.

Sebegitu kotor sungai ini, ia tidak pernah gagal menduduki carta sungai terkotor di Malaysia sejak bertahun lamanya.

Fenomena itu bagaimanapun bakal berubah menjelang suku ketiga tahun ini, apabila wajah sungai legenda berkenaan bertukar seratus peratus.

Perubahan terbabit adalah sebahagian daripada projek yang sedang diusahakan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) bagi memastikan misi menukar wajah Sungai Segget benar-benar menjadi kenyataan.

Meski baru mencapai 35 peratus, gambaran usaha IRDA ini hampir menampakkan hasil apabila air sungai itu yang kembali jernih tular di media sosial.

Gambar berkenaan dikongsi seorang penduduk tempatan yang begitu teruja, kerana tidak pernah melihat Sungai Segget sebegitu bersih, sepanjang beliau menetap di bandaraya itu.

Sungai terbabit katanya, bukan sahaja berubah wajah malah bau memualkan yang sering timbul sehingga meloyakan tekak juga sudah tiada.

“Saya amat terkejut apabila mendapati ada hidupan seperti ikan berenang di dalam sungai, dan ia sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

‘Keajaiban’ itu turut dikongsi akaun Facebook rasmi Iskandar Malaysia, yang menjelaskan, gabungan faktor cuaca dan projek berkaitan Sungai Segget membolehkan air sungai itu menjadi lebih bersih.

Keadaan terkini projek transformasi landskap Sungai Segget yang sedang dijalankan – Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Keadaan terkini projek transformasi landskap Sungai Segget yang sedang dijalankan – Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Ia selaras dengan objektif utama misi transformasi landskap Sungai Segget serta projek menaiktaraf Jalan Wong Ah Fook, seperti mandat diberikan kepada IRDA untuk kedua-dua lokasi itu dibangunkan sebagai pusat komersial,  budaya dan rekreasi yang baharu.  

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim, projek itu diyakini akan meningkatkan peluang perniagaan, selepas persekitarannya berubah menarik dan bersih.

“Saya optimis ia akan meningkatkan jumlah pengunjung ke kawasan ini dan seterusnya menggerakkan industri pelancongan secara lebih aktif.

“Sungai Segget ini akan menjadi tumpuan komuniti setempat dan pelancong yang pasti tidak mahu terlepas dari mengabadikan semua keistimewaan itu,” katanya.

Ismail menarik perhatian, projek terbabit adalah sebahagian daripada Projek Pemulihan Sungai Segget, khusus meningkatkan kualiti air sungai, dua tahap lebih tinggi bagi memastikan pencemaran ke Selat Tebrau turut dapat dikurangkan.

“Projek ini juga bertujuan mengatasi masalah banjir di pusat bandar Johor Bahru dan sudah tentu, untuk memperindahkan lagi Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook agar tampil sebagai kawasan komersial, budaya dan rekreasi baharu ,” katanya.

Projek Pemulihan Sungai Segget didatangkan dalam tiga fasa dan projek mentransformasi landskap sungai itu adalah di bawah fasa ketiga iaitu peringkat akhir projek.

Fasa pertama projek adalah pembinaan Loji Rawatan Air Bersepadu Sungai Segget (IWTP) yang siap sepenuhnya pada April 2017, manakala fasa kedua adalah pembinaan Sistem Tebatan Banjir dan Sistem Pembentungan, juga selesai pada tempoh sama.

“Fasa satu dan dua Projek Pemulihan Sungai Segget berjaya meningkatkan tahap air dan bau sungai, malah ikan juga boleh dilihat mula berenang di dalam sungai.

“Projek landskap fasa ketiga ini akan menambah nilai kepada keadaan sungai dan persekitaran serta komuniti sekitarnya,” kata Ismail lagi.

Secara terperinci, transformasi Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook akan dilengkapi dengan pencahayaan interaktif, taman permainan kanak-kanak, penambahbaikan pada dinding sungai, kolam refleksi dan arca rekaan artis tempatan.

Lebih menarik, kerja penambahbaikan ini juga turut membabitkan penyertaan wakil pelbagai sektor dan segmen tertentu masyarakat, termasuk pelajar sekolah yang diminta menyumbangkan idea masing-masing.

Ternyata buah pandangan diberikan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan individu lebih dewasa, apabila menyarankan Sungai Segget dilengkapi dengan konsep mesra kanak-kanak, melalui elemen reka bentuk selain perincian khas untuk orang kelainan upaya (OKU) seperti laluan kerusi roda.

Turut menjalani pengubahsuaian ialah bangunan sekitar pusat bandar yang akan dicat dan dinaik taraf, mencakupi pembinaan laluan khas beca, basikal serta skuter.

Landskap Sungai Segget ini nanti akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Zon Sejarah dan Warisan; Zon Budaya dan Seni; serta Zon Santai dan Ceria. – Getaran, 24 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Premis Kerajaan Di JB Terima E-mel Ancaman Bom - Polis

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 45 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad