web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Malaysia Dipenjara 15 Tahun, Bantu Aktiviti Kumpulan Al-Shabaab

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 7:44AM

Gambar fail pada 2017 menunjukkan seorang anggota tentera Somalia menjalankan rondaan di kawasan yang menjadi sasaran pengebom bunuh diri al-Shabaab di Mogadishu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia Ahmad Mustakim Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh mahkamah tentera Somalia kerana terbabit dengan aktiviti kumpulan Al-Shabaab.

Atase Akhbar Kedutaan Somalia di Malaysia Abdimajit M. Osman ketika dihubungi Bernama berkata hukuman itu dibaca oleh Ketua Mahkamah Angkatan Tentera, Kolonel Hassan Ali Nur Shuuto.

"Namun, di bawah sistem kehakiman Somalia, Ahmad Mustakim berpeluang untuk buat rayuan," jelas Abdimajit.

Semalam Bernama melaporkan perbicaraan Ahmad Mustakim bermula pada 2019 dan dia dilayan dengan baik serta mendapat perbicaraan yang adil mengikut undang-undang Somalia.

Ahmad Mustakim dipercayai masuk ke Somalia sekitar 2009 atau 2010.

"Somalia sudah sekian lama dihimpit penderitaan kerana warga asing yang menyokong Al-Shabaab. Kerajaan kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang menjejakkan kaki ke Somalia untuk menyokong kegiatan keganasan.

"Bagaimanapun, Somalia tetap mengalu-alukan rakyat Malaysia yang selalu memberikan bantuan. Somalia dan Malaysia mempunyai sejarah hubungan yang erat. Kerajaan Somalia sentiasa berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara," katanya.

Abdimajit berkata, Ahmad Mustakim, 34, rakyat Malaysia pertama yang didakwa membantu Al-Shabaab di Somalia.

Sementara itu, Agensi Berita Somali (SONNA) melaporkan mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap seorang lagi warga asing yang ditahan bersama dengan Ahmad Mustakim.

"Ahmad Mustakim membantu kumpulan itu dengan memberikan pertolongan cemas dan mengambil bahagian dalam pertempuran di Mogadishu dan Dhusamareb," kata agensi itu berdasarkan transkrip terjemahan oleh Kedutaan Somalia di Malaysia.

Pada Sabtu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata Kementerian Luar memantau rapat penahanan dan proses perundangan yang dikenakan terhadap Ahmad Mustakim.

Saifuddin berkata pegawai Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan sudah pun berhubung dan mengadakan lawatan konsular bagi memastikan kebajikan dan kesihatan Ahmad Mustakim sentiasa terjaga. 

"Kementerian Luar akan terus pantau perkembangan kes ini dan hulurkan bantuan sewajarnya kepada beliau (Ahmad Mustakim) dengan memastikan supaya hak-hak dan kebajikan sentiasa terjaga di samping pastikan beliau dibicarakan secara adil berlandaskan perundangan sewajarnya. 

"Kita mesti menghormati undang-undang negara tersebut dan mungkin kita akan minta supaya wakil kedutaan hadir ketika perbicaraan kelak,” katanya.

Al-Shabaab, sekutu paling kuat al-Qaeda, terkenal dengan serangan berprofil tinggi seperti serangan 2013 terhadap Westgate Mall di Nairobi, Kenya selain terbabit dengan pembunuhan ahli politik dan pegawai tentera Somalia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Korea Selatan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad