web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Rekod 28 Juta Pengguna Media Sosial - KSU KKMM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 2:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 telah membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyakarat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata statistik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari tahun 2020.

Menurutnya, peningkatan penggunaan media sosial adalah berikutan keadaan semasa negara berdepan pandemik COVID-19 yang menyebabkan masyarakat hanya duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Penggunaan Internet sekarang semakin meningkat semenjak kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO),” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Eksklusif: 'Kuasa Media Sosial Perangkap Atau Pemangkin' secara langsung menerusi laman Facebook KKMM, hari ini.

Selain itu, katanya, penjawat awam juga perlu faham dan jelas dengan cara menggunakan media sosial, terutama dalam perbezaan antara melaksanakan tanggungjawab ketika bertugas dengan kegunaan peribadi.

Mohammad berkata penjawat awam seharusnya bijak menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dalam memastikan tugasan masing-masing dapat dilakukan dengan lancar, di samping menjaga bahasa digunakan ketika berkomunikasi seperti menaip atau penulisan.

"Kadang-kadang kita lupa bahawa sebaik sahaja menjadi penjawat awam, kita ini 24/7 (sepanjang masa) pegawai kerajaan. Bukan bermakna lepas waktu pejabat, 'oh, saya pun macam orang biasa dah, saya boleh komen ikut saya suka. 

"Tidak, sebenarnya selagi kita ini anggota perkhidmatan awam, selagi itu kita 24/7 memang anggota perkhidmatan awam. Jadi kita tidak boleh kata untuk personal account, makna 'ini personal account saya, nothing to do with my official job and so on (tiada kaitan dengan tugas rasmi)', tidak," katanya.

Di samping itu, Mohammad juga mengingatkan penjawat awam bukanlah ahli politik dan perlu berpegang kepada dasar 'government of the day' (kerajaan yang memerintah) dengan melaksanakan dasar kerajaan semasa.

Beliau berkata media sosial juga telah menjadi ejen penyebaran maklumat kepada rakyat, namun pada masa sama masyarakat perlu bijak menilai sesuatu maklumat yang diterima sebelum disebarkan kepada orang lain.

Mohammad turut mengalu-alukan orang ramai mengikuti akaun rasmi media sosial Menteri KKMM Tan Sri Annuar Musa, timbalannya Datuk Zahidi Zainul Abidin dan beliau sendiri bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkembangan semasa dalam negara, terutama program dilaksanakan oleh kerajaan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad