web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


42,875 Remaja Pahang Selesai Divaksin Menjelang Hujung September

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:17PM

Nor Azimi Yunus (kanan) melakukan tinjauan pemberian vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah di PPV Wisma Belia, di Indera Mahkota, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Proses pemberian dos pertama vaksin COVID-19 untuk 42,875 pelajar berumur 16 dan 17 tahun di Pahang, dijangka selesai menjelang hujung bulan ini. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemberian vaksin kepada pelajar bermula hari ini adalah bagi membolehkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai awal bulan depan berjalan lancar dan selamat. 

"Kalau ikutkan (rekod), seramai 173,000 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun layak disuntik, tetapi pada hari ini (Isnin) kita selesaikan dahulu pelajar berumur 16 dan 17 tahun.

"Kita  letakkan sasaran 80 peratus daripada pelajar sekolah di Pahang akan menerima suntikan sebelum bermulanya sesi persekolahan manakala pemberian dos kedua pula pada Disember nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat program imunisasi COVID-19 untuk remaja di Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini, hari ini. 

Seramai 7,015 pelajar berusia 16 hingga 17 tahun di seluruh Pahang menerima dos pertama COVID-19 hari ini.

Mengulas lanjut Dr Nor Azimi berkata, pengambilan vaksin COVID-19 mampu melindungi pelajar apabila berada di sekolah, kerana mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak boleh menerima imunisasi terbabit atas faktor kesihatan.

“Semua pelajar dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Maahad Tahfiz Negeri Pahang serta institusi swasta termasuklah tahfiz, pondok dan madrasah persendirian, layak menerima suntikan vaksin melalui program ini.

“Kami masih dalam proses mengenal pasti dan mengumpul data berkaitan pelajar daripada sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian untuk disenaraikan dalam program berkenaan,” katanya.

Beliau memberitahu, pemberian suntikan berkenaan akan dilaksanakan di 72 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Pahang, melibatkan 22 PPV Awam, 44  PVV Institusi Pendidikan, dua PPV jangkauan luar dan 4 PPV Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan di daerah masing-masing.

Selain pelajar sekolah katanya, remaja kelainan upaya (OKU), pelatih pusat pemulihan atau perlindungan dan remaja golongan rentan termasuk gelandangan turut tidak terkecuali daripada menerima vaksin tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Nor Azimi menjelaskan, pelajar berusia 12 hingga 17 tahun yang mempunyai masalah kesihatan atau komorbid sudah diberikan suntikan bermula Rabu lalu. 

“Mereka ini disuntik di lima PPV iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas), Hospital Pekan, Hospital Kuala Lipis dan Hospital Bentong. 

“Sehingga kini, seramai 183 pelajar yang ada masalah kesihatan atau komorbid sudah menerima suntikan di hospital berpakar, terdiri daripada 165 penerima di Hospital Pekan dan 18 lagi di Hoshas,” katanya.

Tegas beliau, kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam membenarkan anak mereka menerima vaksin berkenaan amat penting kerana ia menyumbangkan kepada usaha memerangi virus maut itu.

“Dengan bertambahnya bilangan pelajar mendapat imunisasi tersebut, maka liputan vaksinasi COVID-19 dalam populasi negeri ini dapat dipertingkatkan sekali gus membantu mengurangkan kadar jangkitan wabak berkenaan. 

“Bagi pelajar yang menolak untuk menerima vaksinasi, kami di pihak kementerian sedia memujuk dan memberi pandangan, malah kaunseling juga akan diberikan kepada ibu bapa mereka,” katanya. – Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar