Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Isu Pembalakan Haram Dipandang Serius, Babit Pelbagai Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2021 11:56AM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memandang serius isu pembalakan haram dan kesalahan aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Kekal (HSK), yang dikatakan semakin buruk.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 29 kes pembalakan haram dan 207 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Semenanjung.

Menurut beliau, tiga kes pembalakan haram dan 49 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Sabah.

Katanya pada sidang Dewan, Sarawak mencatatkan 44 kes pembalakan haram dan 18 kes kesalahan hutan lain yang telah diambil tindakan.

“Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah. 

“Dalam hubungan ini, semua Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras segala aktiviti penerokaan dan pembalakan secara haram,” kata Takiyuddin ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Anwar dalam soalan lisan meminta penjelasan kerajaan berhubung tindakan diambil terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan, khususnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan kes-kes pelanggaran.

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, pemantauan aktiviti pembalakan melibatkan HSK, telah dilaksanakan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Jabatan Perhutanan Negeri.

“Antara langkah yang diambil ialah,melaksanakan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan.

“Selain itu, kami menubuhkan Unit Integriti diketuai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan JPSM bagi memantau aduan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pengurusan hutan supaya isu ketirisan hasil dapat dibanteras," katanya.

Sidang dewan diberitahu, kerajaan turut melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak serta pengawalan terhadap pembukaan kawasan usahasil melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) bagi setiap Rancangan Malaysia.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti penguatkuasaan hutan disenaraikan sebagai salah satu ‘essential services’ dan dilaksanakan dengan tumpuan diberikan kepada kawasan hotspot dan berisiko tinggi berlakunya kes kesalahan hutan.

“Aktiviti penguatkuasaan dijalankan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sepertimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. - Getaran, 20 September 2021.

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

Semasa 3 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran