web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azmin Minta Peruntukan RM1 Juta Untuk Bina Cerucuk Besi Di Jalan Kemensah Heights

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 3:00PM

Azmin mendengar taklimat dari bomba tentang keadaan di kawasan kejadian. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembinaan cerucuk besi perlu dilaksanakan segera di kawasan yang terlibat dengan insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini bagi menahan sebarang pergerakan tanah di kawasan cerun runtuhan itu.

Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bagi tujuan itu pihaknya telah meminta pertimbangan dan peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Kewangan.

Keadaan kawasan yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights. - Gambar oleh Azim Rahman
Keadaan kawasan yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights. - Gambar oleh Azim Rahman

“Jika diikutkan kawasan ini merupakan tanah persendirian, jadi kerja-kerja membaik pulih mengikut undang-undang perlu dilakukan oleh pemilik tanah sendiri.

“Namun kali ini nyawa rakyat lebih menjadi keutamaan jadi saya telah hubungi Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk tujuan itu.

“Kita perlu menyegerakan cerucuk besi untuk hentikan pergerakan tanah di lokasi kejadian.

“Seperti yang kita tahu bahawa kawasan seperti Ampang dan Bukit Antarabangsa merupakan kawasan berisiko berlaku runtuhan tanah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi runtuhan itu.

Dalam kejadian malam tadi, tiga rumah banglo dan 16 rumah bandar (townhouse) membabitkan 32 keluarga terjejas berikutan insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Antara rumah yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights. - Gambar oleh Azim Rahman
Antara rumah yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights. - Gambar oleh Azim Rahman

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pihaknya dimaklumkan sejumlah 16 rumah bandar yang berdekatan dengan kawasan tanah runtuh terbabit sedang menunggu laporan penuh teknikal untuk disiapkan Jabatan Mineral dan Geosains.

“Ia memerlukan tiga hari untuk laporan teknikal itu dikeluarkan bagi memastikan sama ada kawasan rumah mereka itu selamat untuk didiami atau tidak.

“Setakat ini dimaklumkan struktur rumah terbabit masih kukuh dan tiada sebarang pergerakan dan penduduk akan dibenarkan pulang sekiranya laporan mengatakan ia selamat untuk kembali diduduki,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan penduduk terlibat telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai di AU2 dan AU5 Lembah Keramat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad