web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkawi: Syarikat Penerbangan, Hotel Setuju Tangguh Tiket, Penginapan Individu Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 8:08AM

Penumpang pesawat AirAsia mendaftar masuk di kaunter sebelum memulakan perjalanan dari Ipoh ke Pulau Langkawi pada 17 September. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang dikesan positif COVID-19 ketika saringan sebelum berlepas ke Langkawi boleh menangguhkan tarikh tiket penerbangan dan pakej penginapan percutian mereka ke pulau peranginan itu, ke tarikh lain.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu telah dibincangkan oleh pihaknya dengan syarikat penerbangan dan penginapan berdaftar di Langkawi, dan setakat ini syarikat penerbangan dan pemilik penginapan bersetuju, untuk memberi komitmen mereka mengenai perkara itu.

“Kita sudah adakan perbincangan dengan syarikat penerbangan dan pihak hotel-hotel ini supaya jika pelancong positif, maka tiket dan pakej penginapan mereka boleh dipinda ke tarikh lain apabila mereka sudah boleh melancong nanti, jadi pelancong tidak akan mengalami kerugian,” katanya ketika dihubungi melalui Skype dalam Buletin Bernama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini melalui perkongsian dalam media sosialnya memaklumkan, empat individu dikesan positif COVID-19 ketika ujian saringan sebelum berlepas ke Pulau Langkawi.

Menurutnya ia melibatkan masing-masing satu dikesan ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Pulau Pinang dan PMA Subang, manakala dua lagi dikesan ketika saringan di PMA Feri Kuala Perlis.

Semalam, Dr Noor Hisham berkata lima individu didapati positif selepas menjalani saringan sebelum berlepas melalui jalan udara dan laut ke pulau peranginan tersebut.

Sementara itu, Nancy berkata MOTAC akan membuat pemantauan selama dua minggu perkembangan aktiviti pelancongan di pulau itu, sebelum membuat keputusan membuka destinasi pelancongan yang lain.

“Kami telah meninjau pulau-pulau pelancongan lain seperti Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Labuan, kesemua populasi di pulau-pulau ini telah melebihi 80 peratus divaksin dan ada yang 100 peratus.

“Kami akan memohon kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk membuka destinasi-destinasi ini setelah menilai keadaan di Pulau Langkawi,” katanya.

Sebelum ini MOTAC menjangkakan 200,000 pelancong berkunjung ke Langkawi hingga Disember ini susulan pembukaan semula industri di bawah projek rintis gelembung pelancongan yang bermula semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar