web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Indonesia Diberkas Miliki 17 Laras Senjata Api Tiruan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 9:36PM

Polis merampas 17 laras senjata api tiruan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUKAH - Seorang lelaki warga negara Indonesia diberkas kerana memiliki 17 laras senjata api tiruan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Orang Kaya Setiaraja, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Rizal Alias berkata, terdapat enam rakyat Indonesia ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak bersama Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) pada jam 3.05 pagi.

Menurut beliau, kesemua warga asing itu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, berusia antara 25 hingga 39 tahun.

"Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan juga tamat tempoh.

"Bagaimanapun, soal siasat terhadap seorang seorang suspek berusia 27 tahun telah menjumpai pelbagai jenis senjata api tiruan dalam rumah berkenaan," katanya.

Antara senjata tiruan dijumpai katanya ialah AK, Sniper, M16, HK, HK UMP, Pump Gun,HK 416, Styer dan Riple P90 serta 24 kelopak peluru tiruan, 12 paket peluru bebola plastik dan gel bagi tujuan permainan paintball.

"Suspek yang bekerja sebagai peniaga barangan Indonesia di kawasan ladang Mukah membawa masuk senjata api tiruan itu secara seludup.

"Suspek merancang mahu menjalankan perniagaan permainan paintball di Mukah menggunakan blaster, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tiada rakan kongsi tempatan untuk permohonan lesen, malah perniagaan juga tidak dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa sekarang," ujarnya.

Rizal berkata, semua barangan rampasan itu dianggarkan bernilai sekitar RM40,000.

"Hasil semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai  rekod lampau berkaitan kes jenayah.

"Suspek telah diserah kepada pihak polis kerana  disyaki melakukan kesalahan mengikut  Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 iaitu memiliki pelbagai jenis senjata api tiruan," jelasnya.

Lima lagi rakan suspek telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. - Getaran, 17 September 2021

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar