Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Waspada Oximeter Tiruan - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 7:22PM

Oximeter bertindak mengesan kadar oksigen dalam darah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lonjakan kes pandemik COVID-19 di negara ini menyaksikan permintaan tinggi terhadap peralatan kesihatan dan perlindungan diri disebabkan kebimbangan masyarakat untuk menjaga keselamatan.

Peralatan itu termasuk pelitup muka, pelindung wajah, cecair pembasmi kuman, kit ujian pantas antigen dan pengesan kadar oksigen dalam darah yang turut dikenali sebagai Oximeter.

Bagaimanapun di sebalik situasi itu, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa sanggup mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lumayan dengan menjual Oximeter tiruan menerusi platform perniagaan dalam talian tertentu.

Berdasarkan maklumat diterima Getaran daripada beberapa pengguna terbabit memaklumkan, mereka tertarik untuk membeli Oximeter dijual itu memandangkan harganya jauh lebih murah daripada nilai jualan di pasaran biasa.

Namun, produk diterima itu malangnya tidak berfungsi dengan betul apabila tiada paparan grafik lengkap, tidak menunjukkan bacaan tepat dan sering berubah-ubah biarpun ujian dibuat selang beberapa saat.

Lebih membingungkan, produk yang sepatutnya mengesan kadar oksigen dalam darah selepas jari ditempatkan di slot khas itu, tetap memaparkan bacaan walaupun pengguna meletakkan pensel atau barangan tertentu.

Tinjauan Getaran ke atas peniaga di beberapa platform dalam talian yang menjual Oximeter mendapati, sememangnya perincian produk ditawarkan boleh meyakinkan pengguna.

Dengan diskaun harga menarik sehingga belasan ringgit, reka bentuk cantik dan didakwa mempunyai pelbagai fungsi yang boleh mengesan oksigen dalam darah, pastinya ia mampu memikat hati pembeli.

Ada juga penjual meletakkan jenama ciptaan sendiri yang tidak pernah didengar, namun terdapat segelintir mereka berterus-terang bahawa produk dijual didatangkan tanpa sebarang jenama atau jaminan.

Atas dasar itu, risiko pembelian terletak di tangan pengguna sendiri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

Datuk Rosol Wahid - Gambar Bernama
Datuk Rosol Wahid - Gambar Bernama

memberitahu, kementerian setakat ini masih belum menerima sebarang aduan rasmi daripada pengguna berhubung hal itu.

Kementerian bagaimanapun jelas beliau, memandang serius dakwaan terbabit, terutama di platform perniagaan dalam talian.

Katanya, KPDNHEP juga sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap pematuhan penandaan harga jelas ke atas premis yang menjual atau membekalkan Oximeter.

“KPDNHEP menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati dalam membeli Oximeter di pasaran dengan membuat rujukan terlebih dahulu di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Rujukan ini boleh dibuat menerusi https://mdar.mda.gov.my dan https://portal.mda.gov.my,” katanya kepada Getaran.

Rosol berkata, rujukan itu penting bagi menyemak senarai syarikat yang diselia MDA untuk mengedar dan menjual Oximeter kepada pengguna awam.

“Dalam erti kata lain, Oximeter di bawah kelulusan MDA dapat menjamin kualiti dan ketulenan peralatan, berbanding produk lain yang tidak mendapat pengiktirafan pihak berkuasa ini.

“MDA mempunyai bidang kuasa ke atas penyeliaan penjualan peralatan dan peranti perubatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Rosol memberitahu, KPDNHEP turut memandang serius penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 di pasaran, malah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas produk terbabit.

Jelasnya, kementerian itu ada menerima sembilan aduan berkaitan penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19, iaitu tujuh membabitkan harga jualan yang mahal dan masing-masing satu untuk perkhidmatan mengelirukan serta tidak menerima barangan.

Sepanjang 15 hingga 31 Ogos 2021 katanya, sebanyak 2,145 pemeriksaan dijalankan oleh pasukan penguatkuasaan KPDNHEP di seluruh negara, merangkumi farmasi dan klinik swasta bagi memantau harga serta bekalan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Beliau berkata, susulan penetapan harga maksimum kit ujian pantas antigen bermula 5 September lalu, KPDNHEP menggerakkan 2,200 penguat kuasa untuk menjalankan pemeriksaan di premis yang relevan.

Katanya, penguatkuasaan itu dijalankan di ratusan farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan kerajaan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

“Semua pihak diingatkan bahawa menerusi harga maksimum ini, harga borong serta harga runcit kit ujian pantas antigen, masing-masing ditetapkan pada kadar RM16.00 dan RM19.90 seunit,” katanya.

Tegas beliau, pengguna juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengekang penjualan Oximeter dan kit ujian pantas antigen tiruan di pasaran.

“Orang ramai yang mengesyaki terdapat penjualan atau pembelian Oximeter dan kit ujian pantas antigen COVID-19 palsu di pasaran, diminta membuat aduan terus kepada KPDNHEP supaya siasatan serta tindakan lanjut boleh diambil.

“Sekiranya dakwaan ini benar, tindakan penguatkuasaan tegas boleh dikenakan ke atas pihak berkenaan,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 11 jam yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi