web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


76,786 Pasangan Bercerai Ketika COVID-19 - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 2:19PM

Ismail Sabri menjawab soalan ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 76,786 pasangan mendaftarkan perceraian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sejak Mac 2020 sehingga Ogos lalu.

Jumlah itu membabitkan 66,440 pasangan beragama Islam dan 10,346 pasangan bukan Islam di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran kes perceraian paling tinggi bagi pasangan beragama Islam, iaitu 12,479 kes, disusuli Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098) dan Pahang (5,058).

“Selain itu, Sabah (4,010), Kuala Lumpur (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Melaka (2,402), Perlis (1,081) dan Sarawak (561).

“Bilangan kes perceraian bagi golongan bukan Islam turut menyaksikan Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 3,160, disusuli Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209),” katanya pada sesi pertanyaan dan jawab lisan di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom mengenai statistik perceraian masyarakat luar bandar ketika pandemik dan sejauh mana kerajaan berusaha menangani masalah itu.

Namun katanya, mahkamah tidak mempunyai pecahan statistik khusus berhubung permohonan perceraian masyarakat bandar atau luar bandar ketika pandemik.

Ismail Sabri berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sudah menjalankan tinjauan pendapat umum bagi mengetahui cabaran, tahap tekanan emosi dan kesihatan mental dihadapi ibu bapa serta corak perubahan persekitaran keluarga.

“Tinjauan ini dilaksanakan secara dalam talian pada 5 sehingga 14 Mac lalu membabitkan 1,148 responden terdiri daripada ibu dan bapa warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai anak berumur tujuh hingga 24 tahun,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, tinjauan itu mendapati sebanyak 49.4 peratus ibu bapa memaklumkan kehidupan mereka dan keluarga hampir kembali normal dan majoritinya mula peka, faham serta mengamalkan kehidupan norma baharu sebelum tercetus gelombang ketiga COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0.

Bagaimanapun, katanya, hampir 80 peratus golongan itu menyatakan kehidupan mereka mulai terkesan daripada segi ekonomi dan kesihatan mental selepas tercetus gelombang ketiga dan pelaksanaan PKP 2.0.

Hampir 28.0 peratus pula, katanya, memaklumkan keadaan ekonomi dan kewangan keluarga mereka semakin teruk, berbanding sebelum tempoh gelombang pandemik serta pelaksanaan PKP.

“Dapatan tinjauan turut mendapati 84.1 peratus ibu bapa mengalami tekanan emosi atau stres, seperti cemas, gugup dan gelisah ketika gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda.

“Faktor utama ibu bapa mengalami tekanan emosi atau stres ini adalah disebabkan pendidikan anak-anak, iaitu sebanyak 21.3 peratus, disusuli aktiviti luar terhad (16.4 peratus) dan tempoh PKP yang tidak dapat dipastikan (12.2 peratus),” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, akibat tekanan emosi dan stres, sebanyak 63 peratus daripada kumpulan itu pernah mengalami kemurungan yang menyaksikan 20.4 peratus berdepan kemurungan, manakala 16.8 peratus lagi sukar tidur tenang serta kerap sakit kepala atau perut (15.8 peratus).

“Majoriti 70 peratus ibu bapa turut bersetuju pembukaan semula sekolah dan pusat pengajian tinggi dilaksanakan dengan syarat pematuhan penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Sebanyak 96.1 peratus pula bersetuju menerima suntikan vaksinasi COVID-19 dibekalkan kerajaan bersama ahli keluarga,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar