web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jepun Beri Amaran Pada Warganya, Kemungkinan Serangan Pengganas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 5:08PM

Bangunan kedutaan Jepun di Malaysia. - Gambar dari Japanese-embassy.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Jepun telah memberi amaran kepada warganya di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain mengenai kemungkinan tindakan pengganas, yang menimbulkan kebimbangan terhadap serangan.

Jurucakap kedutaan Jepun ketika mengesahkan perkara itu kepada The Vibes memberitahu, emel telah dihantar oleh Kementerian Luarnya pada hujung minggu.

Amaran telah dikeluarkan oleh kedutaannya dalam laman web pagi ini.

“Terdapat maklumat bahawa ada kemungkinan meningkatnya serangan bom bunuh diri di tempat-tempat sesak seperti tempat-tempat ibadat,'' demikian notis yang diterjemahkan itu.

''Kami meminta semua warga Jepun untuk tetap waspada terhadap serangan pengganas.''

Kedutaan itu menggesa warganya untuk berhati-hati dan mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan mereka, termasuk menjauhi tempat-tempat yang mungkin menjadi sasaran keganasan.

Ini termasuk premis "milik orang barat" seperti restoran, hotel, pengangkutan awam, pasar, tempat pelancongan dan kawasan lain yang melibatkan khalayak ramai seperti rumah ibadah.

Lokasi lain yang berisiko seperti kemudahan tentera, polis dan keselamatan, serta kemudahan kerajaan.

Notis sama turut dikeluarkan kepada kedutaan Jepun di beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura dan Filipina.

Sekiranya perlu untuk mengunjungi tempat-tempat ini, kedutaan menasihati warganya untuk memberikan perhatian penuh dan mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Kedutaan Jepun juga menggesa warganya untuk mengemas kini maklumat dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, terutama jika terjadi serangan.

The Vibes masih menanti maklum balas daripada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat, dalam ciapannya berkata, kedutaan Jepun di Thailand telah memaklumkan mengenai arahan daripada Kementerian Luar Jepun itu.

“Kedutaan memaklumkan ia adalah arahan daripada Kementerian Luar Jepun. Ia tidak boleh menghuraikan mengenai maklumat itu dan tidak spesifik di Thailand'' katanya.

Ia menambahkan mereka dimaklumkan untuk menjauhkan diri dari tempat tertentu setelah mendapat maklumat bahawa "ada peningkatan risiko pengeboman bunuh diri di kemudahan keagamaan dan tempat-tempat sesak lain".

The Bangkok Post dalam ciapannya memberitahu amaran tersebut dikeluarkan untuk warga Jepun di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Dalam pada itu, pakar anti terorisme, Andrin Raj berkata, berdasarkan sumber, amaran yang dikeluarkan oleh Jepun itu bersifat umum, memandangkan ulang tahun ke-20 serangan 11 September 2001.

“Ini adalah amaran umum oleh kerajaan kepada warga mereka di luar negara memandangkan ulang tahun 9/11 dan pergerakan kumpulan pro-IS. Selalunya, kedutaan memberi amaran untuk melindungi warganya,'' kata Andrin yang juga Persatuan Profesional Keselamatan dan Anti-terorisme Antarabangsapembantu Fellow Antarabangsa (IASSP) di Pusat Kajian Keselamatan (CSS). - The Vibes, 13 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran