web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendekatan Baharu Tangani Isu Harga Ayam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 2:31PM

Kompaun maksimum atau pendakwaan di mahkamah akan diambil sekiranya peniaga enggan memberi kerjasama menjayakan pendekatan baharu tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu pendekatan baharu dilaksanakan bagi menangani isu kenaikan harga ayam dengan membabitkan pengeluaran surat pemberitahuan kepada peniaga peringkat borong dan runcit untuk mengadakan libat urus bersama pengeluar dan penternak ayam di lokasi atau lokaliti berlakunya kenaikan harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pendekatan itu membolehkan peniaga menyemak harga barang dan kos belian bagi mendapatkan margin untung yang lebih munasabah.

"Pendekatan ini juga bertujuan memberi peringatan kepada peniaga ayam supaya tidak menaikkan harga di mana-mana peringkat rantaian pengedaran sewenang-wenangnya," kata Nanta yang mengambil maklum laporan berhubung harga ayam di pasaran sejak kebelakangan ini, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas seperti kompaun maksimum atau pendakwaan di mahkamah akan diambil sekiranya peniaga enggan memberi kerjasama menjayakan pendekatan baharu tersebut.

 Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak bercadang untuk memperkenalkan kawalan harga tambahan selain yang dilaksanakan ketika musim perayaan besar Malaysia di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Namun, tegasnya KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan kawalan harga jika harga terus meningkat di luar harga munasabah atau terdapatnya kartel yang memunipulasi harga di semua peringkat rantaian.

"KPDNHEP sentiasa memantau harga barangan melalui lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga yang mengutip harga setiap hari yang mana trend pergerakan harga diketahui dan tindakan segera diambil ke atas premis yang menjual pada harga tidak munasabah berdasarkan pemantauan ini tanpa menunggu aduan daripada pengguna," katanya.

Nanta berkata pemantauan harga runcit pada 10 Sept (2021) mendapati harga purata ayam bersih standard peringkat nasional adalah pada RM8.83/kilogram (kg).

Di Semenanjung, menurutnya harga purata ayam bersih standard adalah RM8.78/kg dan julat harga jualan adalah antara RM5.99/kg hingga RM11/kg.

Beliau berkata premis yang menjual pada harga melebihi RM9/kg terdiri daripada pasar basah dan awam, dan harga paling tinggi adalah RM11/kg dikesan dijual di Pasar Besar Raub, Pahang.

Nanta berkata pasar raya dan pasar raya besar masih menawarkan ayam bersih standard pada harga yang berpatutan.

Premis yang menjual pada harga paling rendah pada RM5.99/kg adalah Pasaraya Tesco/Lotus di seluruh negara, manakala pasaraya Giant, Mydin dan Econsave menawarkan ayam pada harga RM7.39 hingga RM7.99/kg.

"Pengguna dinasihatkan untuk bijak dalam memilih tempat dan masa untuk membeli ayam pada harga patut," katanya.

Di Sabah, harga purata ayam bersih standard adalah pada RM11.33/kg dengan harga paling tinggi adalah RM11.80/kg dijual di Gentingmas Mall, Sandakan manakala harga paling rendah RM10.90/kg dijual di Pasar Basah Sibuga, Batu 8 di Sandakan.

Di Sarawak pula, harga purata ayam bersih standard adalah RM8.56/kg dengan harga paling tinggi adalah RM9.80/kg dijual di Central Market, Sarikei manakala harga paling rendah adalah RM7.50/kg dijual di Everwin Supermarket, Mukah.

Nanta berkata KPDNHEP akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan faktor huluan seperti harga dedak ayam yang diimport, harga baka ayam dan harga anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat hiliran dapat diminimumkan dan terurus.

Industri dan bekalan ayam dikawal selia oleh MAFI manakala KPDNHEP berkaitan polisi harga ayam di pasaran. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran