web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atasi Segera Kes Bunuh Diri, Mainkan Peranan Menyeluruh - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:59AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah hampir 21 bulan negara berdepan dengan pandemik COVID-19, rakyat bukan sahaja dibebani dengan kes harian yang meninggi, tetapi turut dilanda tekanan melampau hingga mendorong kepada kejadian bunuh diri.

Pelbagai kisah seumpama itu dipaparkan di media dan ia berlaku tanpa mengira peringkat usia.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, semua pihak perlu memainkan peranan menyeluruh bagi mengurangkan risiko kejadian bunuh diri ini dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, adalah penting untuk semua individu yang berdepan gangguan emosi  mendapatkan bantuan dan pada masa sama, menerima sokongan moral daripada orang sekeliling mereka, khususnya keluarga dan rakan terdekat.

“Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan besar kepada kesejahteraan kehidupan dan kesihatan mental kita semua. Tekanan perasaan bukanlah perkara yang boleh diambil ringan dan perlu diberikan perhatian segera.

“Bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia marilah kita bersama-sama mengambil tahu dan peka dengan keadaan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan kenalan kita," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut beliau berkata, adalah amat penting untuk setiap kelompok masyarakat saling mengambil berat, atau meluangkan masa bertanya khabar sekiranya ada antara mereka memerlukan tempat berkongsi cerita.

Dalam hal ini jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau dan bersedia memberikan bantuan menerusi kempen 'Let's Talk Minda Sihat'.

“KKM telah bekerjasama dengan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan perkhidmatan bantuan psikologikal kepada sesiapa yang memerlukan. 

“Jangan simpan atau pendam bersendirian, kami sedia membantu,” katanya.

Pandemik COVID-19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu, meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Berdasarkan stastistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 366 kes bunuh diri dilaporkan bagi tiga bulan pertama tahun ini. - Getaran, 11 September 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran