web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Drift Di PPV Cetus Pergaduhan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:11AM

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki membuat 'drift' di pekarangan PPV UniSHAMS hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KETIL - Tindakan tidak berakal seorang lelaki yang memandu secara berbahaya dan membuat 'drift' di pekarangan pusat pemberian vaksin (PPV), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS) semalam berakhir dengan kekecohan apabila dia serta adik tirinya terlibat dengan pergaduhan bersama orang awam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi dengan pemandu terbabit yang berusia 27 tahun dikatakan turut memandu secara melulu di kawasan tersebut.

"Sebaik kejadian itu berlaku, polis menahan adik tiri suspek terlebih dulu yang merupakan seorang penganggur berusia 19 tahun, kira-kira pukul 12.30 tengah hari di situ. 

"Setelah melakukan soal siasat terhadap individu berkenaan, polis kemudiannya menahan pula pemandu kereta tersebut di sebuah rumah di Kampung Ladang Kupang, Baling kira-kira pukul 2 petang," katanya di sini, malam tadi.

Klip video yang memaparkan pergaduhan terbabit, termasuk tindakan pemandu kereta itu mengeluarkan kayu golf dari keretanya, turut tular di media sosial. 

Beberapa individu, antaranya petugas di PPV berkenaan dilihat turut memainkan peranan bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku. 

Tambahnya, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang objek yang menyalahi undang-undang, manakala kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan disahkan bebas daripada pengaruh dadah. 

"Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 506 dan 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta gaduh gempar. 

"Selain itu siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya selain Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Baling pagi ini untuk permohonan reman. - Getaran 8 September 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad