Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KWSP Jalin Kerjasama Dengan Grab, Galak Rakan Pemandu, Penghantar Buat Simpanan Persaraan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 1:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Grab Malaysia (Grab) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan komuniti rakan pemandu dan penghantar mereka menabung untuk simpanan persaraan melalui program i-Saraan bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun atau caruman sukarela bagi yang berumur 55 dan ke atas.

MoU ini adalah kesinambungan daripada MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Ogos 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata dana persaraan itu amat berharap agar komuniti rakan pemandu dan penghantar Grab mendaftar sebagai ahlinya dan membuat simpanan untuk tabung persaraan mereka, sama ada melalui program i-Saraan atau caruman sukarela.

“Bukan sahaja ini dapat membantu mereka membuat persediaan persaraan, malah mereka juga akan mendapat manfaat sebagai ahli KWSP, antaranya dividen tahunan ke atas simpanan, pelepasan cukai dan bantuan lain kepada ahli,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Grab Malaysia Sean Goh berkata Grab komited untuk memberikan peluang sama rata untuk mengakses mata pencarian baharu dan juga membantu mengatasi pengangguran dengan menggalakkan pendapatan tambahan melalui ekonomi digital - terutama bagi mereka yang berkeadaan unik, seperti orang kurang upaya dan pesara.

Beliau menambah berikutan pandemik, terdapat penambahan pendaftaran yang mendadak untuk menjadi rakan pemandu dan penghantar, dengan lebih 50,000 orang menyertai platform ini.

“Mereka bekerja keras setiap hari untuk menampung diri dan keluarga, dan ini mendorong kami untuk memberikan yang terbaik.

“Disebabkan itu, kami akan membuat caruman tambahan sebanyak 10 peratus untuk rakan kami yang berumur 55 tahun ke atas yang menyertai skim caruman sukarela dan juga rakan OKU.

“Kami percaya bahawa kerjasama ini merupakan langkah yang baik, yang mana kerjasama pihak awam dan swasta dapat menggalakkan pegangan kewangan yang akan seterusnya mengukuhkan kedudukan kewangan rakyat Malaysia,” beliau kata.

Menerusi MoU itu, Grab akan memberi insentif seperti caruman tambahan sebanyak lima peratus sehingga maksimum RM80 setiap tahun kepada rakan pemandu dan penghantar yang berumur bawah 55 tahun yang mencarum melalui program i-Saraan KWSP.

Rakan pemandu dan penghantar berumur 55 tahun ke atas yang mencarum melalui program caruman sukarela KWSP, caruman tambahan sebanyak 10 peratus sehingga maksimum RM120 setiap tahun ditawarkan oleh Grab.

Syarikat e-hailing itu turut menawarkan caruman tambahan sebanyak 10 peratus sehingga maksimum RM120 setiap tahun kepada rakan pemandu dan penghantar yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya (OKU) bagi semua peringkat umur yang mencarum melalui i-Saraan atau program caruman sukarela KWSP.

i-Saraan ialah caruman sukarela yang membolehkan individu yang bekerja dalam ekonomi gig dan yang bekerja sendiri menabung untuk simpanan persaraan mereka melalui caruman di KWSP.

Mereka yang mencarum dalam i-Saraan akan menerima insentif kerajaan sebanyak 15 peratus berdasarkan jumlah caruman individu setahun, sehingga maksimum RM250 setahun sementara di bawah program caruman sukarela pula, individu boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa sehingga RM60,000 setahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

4

Ekonomi 3 minggu yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran