web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkasakan OKU: Ras Adiba Kemukakan 16 Cadangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 7:37AM

Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu membentangkan penilaian Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tamat tahun hadapan serta memulakan proses untuk penyediaan Pelan Tindakan OKU 2023-2030, yang lebih fokus.

Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata perkara itu adalah antara 16 perkara yang dicadang untuk dilaksanakan kerajaan, dalam usaha memperkasakan komuniti OKU di negara ini.

“Saya menyambut baik usaha Perdana Menteri yang menetapkan supaya setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

“Bagi merealisasikan komitmen kerajaan menerusi slogan Keluarga Malaysia, saya berharapan agar kerajaan dapat melipatgandakan usaha, dalam memperkasakan komuniti orang kurang upaya (OKU) di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata cadangan-cadangan lain adalah merealisasikan penaiktarafan Jabatan Pembangunan OKU sebagai jabatan penuh; menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan memasukkan elemen penguatkuasaan; memperkenalkan insurans khas buat komuniti itu; dan menubuhkan Yayasan Pembangunan OKU Malaysia.

Selain itu, Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral turut mencadangkan kerajaan meluaskan kategori OKU kepada penyakit jarang jumpa dan albino, serta menyediakan peruntukan khas dan penubuhan Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa menerusi Belanjawan 2022.

Beliau berkata kerajaan juga perlu menyalurkan geran khas kepada badan bukan kerajaan untuk membantu mereka di lapangan, terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar serta menambah kuota Ahli Dewan Negara mewakili OKU kepada dua orang.

“Saya berkeyakinan kesemua perkara di atas penting bagi memastikan kebajikan OKU di Malaysia terjaga, dan ia mampu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sekiranya kesemua kementerian berkaitan menunjukkan kesungguhan dalam hal pembangunan dan pemerkasaan OKU,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyegerakan proses pendaftaran OKU yang belum berdaftar, kerana sehingga 20 Jun lepas, hanya 580,633 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedangkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan 15 peratus populasi sesebuah negara adalah OKU. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad