web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sabah Harap Dapat Lebih 2.88 Juta Dos Vaksin Bulan Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 7:42AM

Warga emas Rinumbizal Masadai, 63, membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Terbuka Kampung Bongkol yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Pitas, Sabah. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat memperoleh agihan lebih 2.88 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini bagi membolehkan program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi bulan ini dan menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.

"Hampir 41 peratus penduduk dewasa di Sabah telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin COVID-19...sebanyak 19,799 suntikan dos pertama vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif  lebih 1.64 juta dos pertama diberikan.

Bagi dos kedua, 22,469 dos diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif lebih 1.11 juta dos," katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Sementara itu, beliau berkata satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Jalan Pahlawan membabitkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu dalam Mukim Petagas di sini dengan 45 kes telah dikesan di Kota Kinabalu dan Penampang. 

Masidi berkata penularan di Kota Kinabalu dan Penampang itu berlaku dalam kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja dewan makan pusat latihan, selain turut menjangkiti ahli keluarga. 

“Ia merupakan kluster jenis institusi latihan. Kes indeks adalah seorang lelaki yang merupakan jurulatih polis berumur 44 tahun, tinggal di Perumahan IPK (Ibu pejabat Polis Kontinjen) Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos di Klinik Kesihatan Luyang setelah bergejala sejak 24 Ogos lepas.

“Kes telah dimasukkan ke PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah) di Pirasan, Kota Belud untuk rawatan lanjut, 72 sampel diambil 45 kes positif dikesan, sembilan sampel didapati negatif dan selebihnya  masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

Beliau berkata Sabah merekodkan sebanyak 2,329 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 152,602 kes dan seramai 3,355 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh 120,699 orang.

Sebanyak 33 kematian dicatatkan pada Khamis manakala 4,907 pesakit masih menerima rawatan. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad