Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rayuan Lucut Hak Jutaan Ringgit Milik UMNO, Wanita MCA Dan 6 Yang Lain Ditolak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 1:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang jutaan ringgit milik UMNO dan Wanita MCA serta enam entiti lain.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang RM192,965,413.61 milik UMNO; Wanita MCA (RM300,000), Perano iaitu sebuah syarikat menjual hijab dan Binsabi Sdn Bhd, yang membekalkan khemah, masing-masing membabitkan jumlah RM337,634.78 dan RM827,250; Habib Jewels Sdn Bhd (RM100,000); K&Z Enterprise Sdn Bhd (RM138,359.60); Badan Perhubungan UMNO Kedah (RM1.05 juta) dan Hattatex Trading (RM111,590).

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Abu Bakar Jais juga membenarkan rayuan oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucut hak RM2,479,300.18 yang disita daripada badan perhubungan UMNO negeri itu.

“Mahkamah mendapati hakim perbicaraan telah melakukan kesalahan dan mengabaikan fakta bahawa wang tersebut telah dibelanjakan, tidak ada lagi dan wang yang disita adalah dari sumber lain dan merupakan wang yang sah.

“Oleh itu, kami membenarkan rayuan perayu (UMNO Pahang) dan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Hadhariah ketika membaca keputusan ringkas dalam prosiding secara maya.

Wang itu, yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Hadhariah berkata aktiviti yang menyalahi undang-undang dalam kes itu adalah aktiviti menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kes pendakwaan adalah wang yang diterima oleh responden daripada bekas perdana menteri itu adalah wang daripada 1MDB dan merupakan kesalahan yang dilakukan oleh Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 (kesalahan predikat).

“Hakim Mahkamah Tinggi telah mendapati afidavit yang disahkan oleh pegawai penyiasat bagi kesalahan predikat Seksyen 23 hanya mendedahkan pergerakan wang yang disimpan dan dipindahkan dari akaun Datuk Seri Najib dan entiti lain dan tidak ada penegasan yang mencukupi untuk mengesahkan wang yang diterima daripada Datuk Seri Najib adalah aktiviti yang menyalahi undang-undang,” kata hakim itu.

Beliau berkata walaupun wang yang diterima daripada Najib adalah daripada aktiviti tidak sah, Mahkamah Tinggi telah memutuskan dengan tepat bahawa wang tersebut masih tidak boleh dilucutkan kerana responden telah membuktikan wang yang Najib berikan antara 2012 dan 2013 telah dibelanjakan selepas tempoh lima tahun dan wang yang dirampas pada 2018 adalah dari sumber lain yang sah.

“Pihak pendakwaan tidak mencabar penegasan responden.

“Tidak mungkin wang dalam akaun responden yang disita pada 2018 berasal dari cek yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib.

“Pihak pendakwaan tidak mengenal pasti secara khusus wang dalam akaun responden yang sebenarnya adalah hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.

Mengenai rayuan berkaitan parti politik, hakim itu berkata mahkamah mendapati tidak ada alasan untuk mengganggu penemuan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi.

“Berdasarkan bukti, hakim perbicaraan membuat kesimpulan bahawa mahkamah tidak berpuas hati di bawah Seksyen 56, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 bahawa wang yang dimohon untuk disita adalah bukti atau subjek berkaitan kesalahan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kami mendapati tiada alasan yang baik untuk mengganggu penemuan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi. Oleh itu, kami menolak rayuan pendakwaan,” katanya.

Bagi rayuan berkaitan entiti perniagaan, Hakim Hadhariah berkata mahkamah bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa wang yang diterima daripada Najib adalah pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan oleh responden (entiti perniagaan) kepadanya.

“Responden menyokong kes mereka dengan bukti dokumen seperti invois. Responden tidak mempunyai pengetahuan dan tidak ada alasan untuk mengesyaki wang yang mereka terima daripada Najib adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Oleh itu, kami menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap responden dan mengesahkan perintah Mahkamah Tinggi,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Kamal Baharin Omar, Samihah Rhazali, Nik Haslinie Hashim, Mahadi Abdul Jumaat, Maziah Mohaide, Abdul Rashid Sulaiman dan Farah Yasmin Salleh.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh dan Syazwani Mohd Zawawi mewakili  UMNO; Datuk Ben Chan dan Syazwani Mahmud mewakili Wanita MCA; Thevini Nayagam dan Habizan Rahman bagi pihak Perano dan K&Z Enterprise; G. Nadaraja mewakili Badan Perhubungan UMNO Kedah; Mohd Khalil Tajuddin bagi pihak Binsabi; Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar untuk UMNO Pahang; Mohd Shukri Ahmad Mansor bagi pihak  Hattatex dan Khoo Guan Huat mewakili Habib Jewels.

Pada 21 Jun 2019, SPRM memfailkan pelucutan sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk UMNO bagi mendapatkan semula dana berjumlah kira-kira RM270 juta yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya berkata dana itu didakwa dipindahkan dari akaun peribadi Najib. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 10 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 18 jam yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam