Berita Terkini

7 minit yang lalu: COVID: 6,630 kes baharu dilaporkan hari ini, kumulatif kes kini 2,420,222 - KP Kesihatan 3 jam yang lalu: Alec Baldwin secara tidak sengaja menembak jurusinematografi, Halyna Hutchins hinggakan wanita itu maut manakala pengarah Joel Souza cedera, di set penggambaran `Rust' 3 jam yang lalu: Terbuka Denmark 2021: Lee Zii Jia mara, Aaron-Wooi Yik tersingkir 3 jam yang lalu: COVID-19: Lelaki Malaysia antara korban terkini di Singapura, semalam 5 jam yang lalu: Orang ramai dinasihatkan peka, buat persediaan awal hadapi banjir - JPS

IKUTI KAMI


Langgar SOP, 22 Orang Kena Kompaun RM150,000

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 7:38AM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seramai 22 individu dikenakan kompaun berjumlah RM150,000 dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka dikompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021.

Beliau berkata, menerusi Op Hiburan dan Op COVID-19 yang dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh pada 1 pagi itu, pemeriksaan dilakukan ke atas 24 individu terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita termasuk dua wanita warga China.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati 13 individu termasuk seorang wanita warga China positif dadah jenis amfetamina, metamfetamina serta ketamin.

"Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua wanita warga China itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," menurutnya dalam satu kenyataan.

Mior Faridalathrash berkata operasi yang dilakukan itu diharap dapat mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap ancaman penagihan dan pengedaran dadah di kawasan setempat serta jangkitan COVID-19.

"Polis memberi peringatan tegas kepada semua pemilik pusat hiburan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerana aktiviti pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Fasa Dua PPN di negeri ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Perginya Mazlan Tahir, Dunia Teater Kehilangan Bintang Hebat 

2

Neelofa, Suami Kemuka Representasi Mohon Tarik Balik Tuduhan

3

COVID: KKM Belanja Lebih RM8 Juta Untuk Pengurusan Mayat

4

Remaja 15 tahun Jadi 'Pomen' Basikal Lajak

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penarik Beca Tagih Elaun, Kerajaan Terengganu Mungkir Janji?

oleh Ana Maria Yusof

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Kelantan Pantau Hutan Guna Dron

oleh Siti Norhidayatidayu Razali

Semasa 1 hari yang lalu

680 Petugas Kesihatan Terengganu Diarah Siap Siaga Hadapi Musim Tengkujuh

oleh Ana Maria Yusof

Semasa 20 jam yang lalu

CPF Kelantan Catat Rampasan Lebih RM1 Juta, Serbu 4 Premis 'Online'

oleh Siti Norhidayatidayu Razali