web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Pinjamkan 200,000 Vaksin Pada Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 7:53AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bahawa Selangor telah bersetuju untuk meminjamkan 200,000 dos vaksin COVID-19 bagi tujuan mevaksin baki penduduk negeri ini yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, exco kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan klinik SelCare atas kelulusan dan penghantaran vaksin itu.

"Kami berharap semua penduduk Pulau Pinang menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka pada minggu pertama bulan September," katanya.

Beliau berkata sehingga kini 225,226 penduduk Pulau Pinang belum menerima suntikan dos pertama vaksin, dengan majoriti merupakan penduduk di daerah Seberang Perai Tengah.

“Daerah Seberang Perai Tengah yang merupakan tumpuan peningkatan kes COVID-19 di Pulau Pinang, mempunyai 76,000 orang yang belum menerima dos pertama. Selain itu 75,000 hingga 80,000 lagi pekerja di kilang-kilang kecil yang telah mendaftar dengan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga masih belum menerima suntikan vaksin,” katanya.

Berdasarkan kajian analisis yang dilakukan oleh PhD Mathematics dari Stanford Dr David Benjamin Lim, Norlela berkata kilang dan tempat kerja lain telah menyumbang 70 peratus jangkitan COVID-19 di Pulau Pinang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) 3.0.

Beliau seterusnya mencadangkan penubuhan Pusat  Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah swasta (PKRC Swasta) yang dipantau oleh pengamal perubatan am, dan juga pelaksanaan kuarantin, bagi tujuan mengurangkan beban jabatan kesihatan negeri.

"Dengan adanya PKRC swasta untuk melaksanakan kuarantin pesakit, terutama pekerja kilang di Daerah Seberang Perai Tengah, ia akan membantu mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 kepada masyarakat," tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad