web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjalanan Mencabar Bawa CanSino Ke Kalabakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 7:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Petugas program vaksinasi 'outreach' terpaksa menempuh perjalanan mencabar dan berliku hampir dua jam mengharungi jalan tidak berturap, berbukit dan dilitupi hutan bagi melaksanakan program pemberian vaksin COVID-19 jenis dos tunggal CanSino di pedalaman iaitu Kampung Serudung Laut dekat sini.

Jalan sejauh 70 kilometer dari Kampung Kalabakan ke Kampung Serudung Laut itu hanya boleh dilalui pacuan empat roda, justeru sebanyak 15 kenderaan daripada Kelab 4x4 Kalabakan digunakan bukan sahaja untuk membawa vaksin CanSino tetapi juga anggota pasukan tersebut.

Lebih 30 anggota pasukan itu, yang terdiri daripada petugas kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penerangan dan Majlis Keselamatan Negara, tersenyum puas setelah penat lelah mereka membawa vaksin CanSino berbaloi apabila 300 penduduk termasuk 50 pekerja asing hadir menerima suntikan.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Harun Maddasa berkata walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko bagi menjayakan program tersebut, semua itu dihadapi mereka dengan hati yang terbuka semata-mata bagi memastikan penduduk Kampung Serudung Laut, yang terletak jauh di pedalaman, mendapat vaksin.

"Pemilihan Kampung Serudung Laut bagi program ini dibuat kerana kriteria kedudukan geografi kampung berkenaan yang jauh dan sukar dilalui… ini penting kerana kita mahu pastikan penduduk mendapat vaksin walaupun mereka jauh di pedalaman," katanya kepada pemberita pada program itu.

Winner Julius, 33, pula gembira kerana diberi peluang menjadi antara penerima terawal vaksin CanSino di Sabah dan dos tunggal vaksin itu amat memudahkan dirinya serta penduduk kampung kerana mereka tidak perlu memikirkan tentang dos kedua.

"Kiranya selepas ini saya sudah lengkap vaksin. Meskipun tinggal di kawasan pedalaman namun vaksinasi juga penting kerana risiko untuk mendapat penyakit ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana.

"Lagipun saya perlu memanfaatkan program ‘outreach’ suntikan vaksin COVID-19 yang sudah dibawa khas oleh kerajaan ke kampung ini dan bersyukur dapat vaksin jenis satu dos saja, tiada lagi selepas ini.  Apa juga jenis vaksin itu sebenarnya baik," katanya.

Rakannya, Kenny Matinus, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk di pedalaman.

"Syukur dapat suntikan CanSino hari ini, walaupun kami di kawasan terpencil tapi kami juga diberi keutamaan.  Saya takut juga dengan COVID-19, kes di Kalabakan ini juga banyak tetapi sekarang dengan ada vaksin ini, saya yakin tahap kesihatan saya lebih terjamin," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik Hassan Ghani Pg Amir pula berharap penduduk di kawasannya memanfaatkan program ‘outreach’ yang diadakan kerajaan untuk pemberian vaksin COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Semporna Terima 10,000 Dos Tunggal CanSino

2

Semasa 4 tahun yang lalu

53,000 Dos Tunggal CanSino Mampu Tingkat Kadar Vaksinasi Sabah - Pengarah

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Banteras COVID-19, Komuniti Pala’uh Terima Vaksin CanSino

4

Rencana 5 tahun yang lalu

Analisis: Banyak Cabaran Namun Imuniti Kelompok Masih Boleh Dicapai

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar