web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Sakit, Bicara Kes Rasuah Tangguh 1 September Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 1:32PM

Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan selepas meneliti surat hospital yang dikemukakan berhubung kecederaan dialami Ahmad Zahid. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini melapangkan perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) hari ini dan mengekalkan 1 September untuk sambung bicara.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan pembelaan selepas meneliti surat hospital yang dikemukakan berhubung kecederaan dialami Ahmad Zahid.

“Namun, tarikh bicara pada 1 dan 2 September ini kekal … kita juga akan melihat keadaan (Ahmad Zahid). Kita tidak dapat jangka buat masa ini.

“Berapa lama tempoh pemulihan, tertakluk kepada kesihatan (Ahmad Zahid) dan keperluan yang akan disahkan oleh doktor.

“Namun, ini adalah kes berkepentingan awam dan perbicaraan perlu diteruskan dalam masa terdekat,” kata hakim itu.

Terdahulu, peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah mengenai keadaan terkini anak guamnya dan memohon supaya perbicaraan hari ini dilapangkan.

Beliau berkata presiden UMNO itu telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas terjatuh di rumahnya pada Ahad lepas.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Setakat ini, dua saksi pendakwaan telah selesai memberi keterangan pada perbicaraan tersebut.

Semalam, Ahmad Zahid tidak dapat menghadiri perbicaraan kes rasuahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi selepas dimasukkan di hospital kerana sakit belakang.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudiannya mengeluarkan sepina kepada seorang doktor pakar di hospital swasta yang merawat Ahmad Zahid untuk menjelaskan di mahkamah petang ini mengenai keadaan kesihatan bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, €15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 serta dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad