web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 330,000 Batang Rokok Gagal, Suspek Cabut Lari 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 9:44PM

APMM Terengganu berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 330,000 batang rokok bernilai RM350,000 menggunakan laluan di Pulau Karah berhampiran Pulau Bidong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Cubaan menyeludup 330,000 batang rokok dari negara jiran, menggunakan jalan laut gagal, apabila diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, serbuan itu dilakukan di Pulau Karah, berhampiran Pulau Bidong selepas menerima maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di situ.

Menurut beliau, pihaknya berjaya menjumpai  33 buah peti, mengandungi 1,650 karton rokok, dipercayai dibawa masuk dari Vietnam.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan yang dilakukan kerana suspek berjaya melarikan diri, meninggalkan hanya karton rokok berkenaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, sindiket terbabit dipercayai didalangi warga tempatan, yang menjadikan Pulau Karah sebagai lokasi transit.

"Kita percaya itu kerana pulau tersebut tidak berpenghuni, menyebabkan ia sesuai dijadikan lokasi transit sebelum hasil seludup berkenaan dibawa masuk ke tanah besar dan dijual pada harga RM12 hingga RM17 sekotak," katanya.

Muhammad Suffi berkata, ini adalah kali pertama kejadian seumpamanya direkodkan berlaku, dan perubahan modus operandi itu dipercayai berpunca daripada kawalan ketat di laluan darat, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak nafikan mana-mana penjenayah kini beralih kepada jalan laut kerana banyak sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di sempadan negeri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. - Getaran, 23 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad