Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengiring Mengadap Kiblat, Mayat Bekas Imam Ditemui Sempurna

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:04PM

Jenazah Allahyarham Ku Shuib Ku Abdullah dibawa ke Hospital Yan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Mayat bekas imam yang merupakan mangsa kelima tragedi kepala air di Gunung Jerai, ditemui hari ini, dalam keadaan mengiring mengadap kiblat. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon memaklumkan, jasad Ku Shuib Ku Abdullah,91,  ditemukan dalam keadaan sempurna biar pun sudah lima hari tragedi itu berlaku.

Katanya, mayat tersebut ditemukan di bawah timbunan kayu yang berlonggok berhampiran Chalet Puteri Ayu iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus. 

"Mangsa ditemukan kira-kira jam 3.23 petang dan berjaya dikeluarkan lima minit kemudian setelah timbunan kayu itu dialihkan dengan menggunakan jentera.   

"Batu-batu dan kayu yang ada di situ tidak menindihnya dan tubuh badan mangsa hanya ada sedikit kesan calar. Yang lainnya sempurna," katanya kepada media di sini hari ini.

Pasukan penyelamat menggunakan jentera bagi mengalihkan timbunan kayu di lokasi jasad bekas imam, Ku Shuib Ku Abdullah ditemui
Pasukan penyelamat menggunakan jentera bagi mengalihkan timbunan kayu di lokasi jasad bekas imam, Ku Shuib Ku Abdullah ditemui

Ku Shuib merupakan individu kelima yang disahkan maut dalam kejadian itu setelah pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan mayat empat individu lain sebelum ini iaitu Ahmad Din, 68; Shahruzi Mohamad, 54; Zahinor Murad, 65 dan Mohd. Faizal Mohd. Zohir, 28.

Setakat ini masih terdapat seorang lagi mangsa masih hilang iaitu Ridwan Poniman, 61, yang berasal dari Kampung Pasir, Guar Chempedak dekat sini. 

Sementara itu anak keenam mangsa, Ku Ahmad Kusaini Ku Shuib, 59, memaklumkan, sebelum ayahnya ditemukan, kalangan ahli keluarga sememangnya merasakan jasad arwah masih berada di lokasi tersebut. 

"Naluri kami kuat mengatakan jasad arwah ada di tempat dia ditemukan kerana kebanyakan barangan dari chalet kami termasuk kereta Toyota Wish, katil serta tilam milik arwah berlonggok di situ. 

"Malah ibu, Kalsom Abdullah, 85, sejak semalam memaklumkan kepada saya yang ayah menunggu untuk bertemunya di situ. Ibu berhajat benar untuk ke lokasi tersebut namun kami tidak menunaikan hasratnya kerana dia juga dalam keadaan uzur," katanya. 

Katanya, Ku Shuib yang pernah menjadi Imam di Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan selama lebih 10 tahun, hanya terbaring di katil sebelum kejadian itu berlaku kerana kakinya patah. 

"Sebelum jasadnya ditemukan, kami sudah reda dengan apa jua kemungkinan. Namun apabila jasadnya ditemukan, kami merasa lega kerana setidak-tidaknya ada pusara untuk kami kunjungi," katanya. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 4 jam yang lalu

Diugut Bunuh, Terima 2 Butir Peluru, Teresa Kok Buat Laporan Polis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

oleh Wartawan The Vibes