web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP PKP,  95 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 3:27PM

Polis memeriksa mereka yang berkumpul untuk menonton lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melati, Gombak, awal pagi tadi. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa, 95 individu ditahan dan dikompaun kerana berkumpul untuk menonton lumba haram serta aksi berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melati, Gombak, awal pagi tadi.

Dalam operasi pada jam 2 pagi itu, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, mengepung laluan masuk dan keluar sebuah stesen minyak di lokasi terbabit.

Difahamkan, stesen minyak berkenaan menjadi tempat mereka berkumpul untuk menyaksikan lumba haram dan aksi merbahaya di laluan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil risikan sejak seminggu lalu mendapati, lokasi terbabit menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, ia dikesan melibatkan golongan muda termasuk remaja yang terdiri daripada pemandu kereta dan penunggang motosikal.

"Selepas melakukan pemantauan tengah malam tadi dan mendapati ramai orang berkumpul, BSPT Gombak dengan dibantu anggota bahagian lain IPD Gombak, diketuai ACP Fahmmi Mohd Hasmi, mengepung kawasan itu.

"Ia menyebabkan mereka gagal meloloskan diri, sekali gus membawa kepada penahanan  95 individu membabitkan pemilik serta penumpang 16 kereta dan 53 motosikal," katanya kepada media, hari ini.

Zainal Mohamed berkata, ada segelintir yang cuba melarikan diri ke seberang lebuh raya namun berjaya ditahan oleh pasukan operasi.

"Tujuan utama kita adalah menghentikan aktiviti lumba haram dan aksi merbahaya ini serta mengelakkan orang ramai dari berkumpul menyaksikan kegiatan tidak berfaedah, selain memutuskan rantaian penularan COVID-19," katanya.

Dalam operasi berkenaan, pihak polis memeriksa 69 kenderaan dan mengeluarkan saman serta kompaun ke atas semua yang ditahan, kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Operasi berakhir kira-kira jam 4 pagi tadi. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran