Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rukunegara: Amanat Perpaduan Selepas Tragedi Berdarah

Tahukah anda Rukunegara tidak wujud semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957? Tahukah anda Rukunegara hanya lahir setelah negara mengharungi tragedi berdarah yang memahat sejarah hitam?  Ikuti laporan khas bersiri multimedia ringkas  Teras Merdeka, mengupas salasilah Rukunegara dan gemanya yang meskipun masih relevan, kian menyepi.

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:51AM

Buku risalah Rukunegara yang telah diterbitkan oleh Jabatan Penerangan pada hari pengisytiharan Rukunegara. Buku risalah ini bersaiz 20sm x 28sm, setebal 20 halaman. - Gambar ihsan Arkib Negara

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Antara tanggapan salah yang sering membelenggu ‘Rukun Negara’ adalah ejaan digunakan.

Ejaan sebenar falsafah nasional yang lahir untuk memupuk perpaduan rakyat itu adalah seperti berikut, ‘Rukunegara.’

“Ia adalah satu perkataan. Bukan ‘Rukun Negara’, tetapi ‘Rukunegara’,” jelas penulis buku ‘Rukunegara: A Brief Introduction’, Eddin Khoo dalam temu bual bersama Getaran.

“Sampai hari ini, istillah Rukunegara itu pun tidak kita hormati. Kita tidak ingat pun bahawa perkataan itu telah diangkat darjatnya sebagai satu (kata) nama khas,” tambahnya.

 Eddin Khoo - Gambar Alif Omar
Eddin Khoo - Gambar Alif Omar

Pengetahuan Eddin yang arif tentang ‘Rukunegara’ bukanlah memeranjatkan.

Ayahnya, mendiang Tan Sri Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Khim merupakan antara tokoh ilmuan yang cekal dan rajin turun padang bagi berbicara dan berkempen tentang Rukunegara, selepas falsafah itu diwartakan pada 31 Ogos 1970.

“Pada hujung minggu, sayalah satu-satunya peneman mendiang ayah merentas negeri ke pelbagai daerah untuk berbicara (tentang Rukunegara) kepada murid sekolah, pegawai kerajaan malah kadangkala kepada polis,” kata Eddin, mengimbas kembali kenangan penuh bermakna itu. 

Sejarah kelahiran Rukunegara bermula dengan sebuah insiden tragis, berlatarbelakangkan tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969, yang berlaku tiga hari selepas Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum ketiga.

Rentetan detik hitam itu, perintah darurat diisytiharkan tiga hari selepas rusuhan berkenaan terjadi, sekali gus menyebabkan Parlimen terpaksa digantung.

Malaysia pada ketika tu ditadbir sepenuhnya oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein sehingga tahun 1971.

“Sebenarnya orang Malaysia sendiri terkejut dan gempar dengan kejadian itu,” ujar Eddin.

Setelah MAGERAN berjaya mententeramkan keadaan, Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada 6 Oktober 1969 dan diberi tanggungjawab untuk menangani pelbagai isu berkaitan perpaduan nasional.

Ia membawa kepada penubuhan ahli jawatankuasa Rukunegara yang dipengerusikan Presiden MCA ketiga, Tun Tan Siew Sin pada 4 Mac 1970, seperti diumumkan Pengerusi MAPEN, Tun Abdul Razak.

Enam bulan selepas itu, kerangka Rukunegara akhirnya diluluskan oleh MAPEN pada 13 Ogos 1970.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin mengumumkan prinsip-prinsip Rukunegara pada sambutan Hari Kemerdekaan 1970 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1970. - Gambar ihsan Arkib Negara
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin mengumumkan prinsip-prinsip Rukunegara pada sambutan Hari Kemerdekaan 1970 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1970. - Gambar ihsan Arkib Negara

Kelima-lima prinsipnya dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidi bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-13 pada 31 Ogos 1970.

“Kerajaan Beta dengan nasihat dan kerjasama MAPEN telah menggubal beberapa prinsip untuk menjadi panduan bagi kita dalam segala urusan kita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

“Pada hari mulia ini Beta dengan sukacitanya mengisytiharkan prinsip-prinsip itu sebagai Rukunegara bagi sekalian,” titah Seri Paduka Baginda, seperti dipetik dokumen yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia.

Gambar ihsan Arkib Negara
Gambar ihsan Arkib Negara

Kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan adalah lima prinsip digariskan menerusi Rukunegara itu.

Meskipun semua prinsip ini telah dimartabatkan sebagai tonggak perpaduan negara, Eddin berpendapat, nilai tersebut semakin luput dan kurang dipupuk mutakhir ini.

Ikrar Taat Setia ini telah dibacakan beramai-ramai oleh 8,000 peserta yang mengambil bahagian dalam rapat Raksaksa Hari Kemerdekaan di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1970. Pembacaan ikrar diketuai Staf Sarjan Nordin. - Gambar ihsan Arkib Negara
Ikrar Taat Setia ini telah dibacakan beramai-ramai oleh 8,000 peserta yang mengambil bahagian dalam rapat Raksaksa Hari Kemerdekaan di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1970. Pembacaan ikrar diketuai Staf Sarjan Nordin. - Gambar ihsan Arkib Negara

Pada Eddin, perbincangan dan perdebatan tentang Rukunegara tidaklah serancak berbanding dengan perbahasan mengenai falsafah Pancasila yang mendokong perpaduan pelbagai kaum di Indonesia.

“Tidak ada usaha sebenarnya untuk memberi nyawa baharu kepada Rukunegara yang bagi saya masih lagi relevan.

“Ia masih mempunyai gemanya yang harus didengari serta ditangani oleh rakyat kita dan bagi saya buat masa ini, kita hanya sekadar memberi Rukunegara satu restuan yang agak formal, itu sahaja,” katanya, mengakhiri perbualan. – Getaran, 22 Ogos 2021.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Politik 14 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 2 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 5 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran