web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Udang Cream Crackers Untuk Ubah Selera

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lama terperap di rumah membuatkan ramai ibu mula bingung memikirkan menu harian yang ingin dihidangkan buat suami dan anak tercinta. Jika asyik ulang menu yang sama, pasti bosan. Sesekali mahu juga menikmati hidangan yang berbeza bukan?  

Bagi yang berkeluarga besar, menempah atau membungkus makanan di luar mungkin menjadi beban jika diamalkan selalu. Jadi, untuk berbelanja secara berhemat, apa kata anda masak sendiri. Tak perlu risau kerana semuanya ada di hujung jari.

Minggu ini Getaran mahu kongsi menu baru yang cukup menyelerakan iaitu Udang Cream Crackers. Rasanya sedap dan mudah disediakan. Pendek kata ia sesuai dinikmati ketika makan tengah hari atau pun malam. 

Biasanya ia digandingkan dengan nasi putih atau nasi hujan panas tetapi boleh juga dimakan bersama roti.

Bahan-bahan

  • 500 gram udang  
  • 5 biji bawang merah (dimayang)
  • 3 bawang putih (dimayang)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 8 biji cili padi dipotong dua menyerong (boleh ditambah atau dikurang mengikut selesa anda) 
  • 1-2 sudu besar serbuk kari ikan 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 15 keping biskut kering Cream crackers Hup Seng dikisar
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis 
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara penyediaan: 

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. 
  4. Masukkan udang  dan gaulkan hingga sebati. 
  5. Masukkan biskut kering yang sudah dihancurkan. Gaul rata kemudian letakkan sedikit air untuk sebatikan udang dan biskut. Tabur garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa. 

Tip untuk dapatkan rasa yang lebih enak dan berlemak, gunakan cream crackers jenama Hup seng. Selamat mencuba. – Getaran, Ogos 2021.

Resipi dan gambar: @_ayushakila

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN