Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Enggan Putus Asa, Burgirls Teruskan Perniagaan Di Depan Rumah

Terpaksa hadapi rintangan perit kebelakangan ini, pengasas Burgirls tetap semangat untuk terus melangkah lebih jauh.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 2:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun kita berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 yang masih berada di tahap membimbangkan.

Pada mulanya, tiada siapa sangka ia bakal meninggalkan impak yang begitu besar kepada landskap ekonomi negara kita. Gelombang ketiga penularan telah melumpuhkan sektor perniagaan terutamanya bagi usahawan kecil.

Ramai peniaga harus menjadi lebih kreatif dan memanfaatkan segala peluang yang ada untuk meneruskan perniagaan demi kelangsungan hidup. Jadi, pernahkah terlintas dalam fikiran anda, bagaimana nasib mereka sekarang?

Suasana tempat makan di Subang Jaya yang sebelum ini meriah dan sentiasa dibanjiri oleh orang ramai kian menjadi suram bahkan ramai peniaga kecil terpaksa menggulung tikar sejak pandemik bermula.

Turut merasakan keadaan yang amat getir ini, adalah gerai burger, Burgirls yang akui berdepan dengan realiti pahit apabila terpaksa menutup kafe Meteora (yang selama ini menjadi ‘rumah’ mereka) dan gerai kecil mereka. 

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak menentu juga turut menganggu urusan perniagaan mereka kerana mereka tidak dapat lagi dapat beroperasi seperti biasa.

“Dulu memang kedai kami selalu dipenuhi orang dan menjadi ‘port’ melepak. Selepas pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan pergerakan melebihi 10 kilometer dan ‘dine in’, hasil jualan seharian yang sebelum ini lumayan bertukar  360 darjah.

“Ada hari kami tak dapat pesanan langsung dan ada hari kami hanya dapat hasilan RM100 sahaja. Namun selepas PKP yang pertama, kami tak mampu lagi menanggung kos operasi kerana jumlah pendapatan yang sangat terhad.

“Sekarang pun kami hanya tinggal satu pekerja yang masih bersama kami sejak lima tahun lalu,” kata Maryam Arissa, pengasas bersama Burgirls.

Meskipun Boom City di SS17, Subang Jaya sempat menjadi lubuk rezeki Burgirls buat sementara waktu, Maryam kini mencuba nasib untuk meneruskan operasi perniagaan di hadapan rumahnya.

Menurutnya, perpindahan lokasi ke Boom City sebenarnya telah membantu memberi banyak pendedahan kepada perniagaannya. Semakin ramai mula tahu tentang Burgirls.

“Namun dengan peningkatan kes COVID dan durasi operasi perniagaan yang terhad, jualan kami mula merosot balik. 

“Sedih itu memang tak terkata tapi kami tahu semua ini ujian Tuhan. Walaupun perit ditelan, kami rasa inilah jalan terbaik buat kami, lebih-lebih lagi bila kami ada anak kecil di rumah. Lagi pun, di mana pun kami berniaga, ia takkan ubah semangat kami.

“Kami sentiasa ingat kembali tujuan kami mulakan perniagaan ini. Kami mahu menghasilkan burger mewah dengan harga yang berpatutan agar dapat dirasa dan digemari oleh semua.

“Penyajian setiap burger menggunakan patti yang dibuat sendiri tanpa meniru mana-mana resepi yang sedia ada. Kami pastikan adunan ditambah dengan rempah dan ramuan herba yang secukupnya bagi memberi rasa yang enak. 

“Kami juga menggunakan cara masak daging lembu yang teliti dengan suhu yang tertentu untuk memastikan teksturnya lembut dan tidak liat. Tak ramai yang tahu cara masak seperti ini,” jelasnya.

Semua burger di gerai Burgirls dinamakan dengan nama-nama artis terkenal seperti, Ariana (RM10), Beyonce (RM10), Adele (RM14) dan Kim K (RM14), J.LO (RM18) dan Selena G (RM18).

Burger 'Beyonce' dari Burgirls
Burger 'Beyonce' dari Burgirls

Apa yang membezakan kesemua menu ini adalah cara masakan patti iaitu panggang, hancur atau goreng. Ramuan rahsia bagi setiap burger adalah, mereka menggunakan sos-sos istimewa bagi memberi cita rasa yang mampu membawa anda ke awang-awangan dalam setiap gigitan. 

Gerai Burgirls juga mempunyai pelanggan-pelanggan tetap yang sering membuat pesanan setiap minggu. Maryam sentiasa berdoa agar perniagaan dalam taliannya terus berkembang maju dan dipermudahkan. 

“Walaupun masih awal di perjalanan ini, kami rasa gembira kerana Tuhan telah membantu menunjukkan arah ini kepada kami dan kami sendiri tak sangka boleh sampai ke tahap ini. 

“Kami akui cabaran dihadapi sepanjang tempoh pandemik telah mengajar kami banyak bersabar, berani untuk terus berusaha dan melangkah lebih jauh.

“Sejujurnya, kami tak dapat gambarkan bagaimana keadaannya andai kata kami melayan perasaan kecewa atau putus asa itu dan tidak bangkit semula,” tambahnya lagi.

Burger 'Ariana' dari Burgirls
Burger 'Ariana' dari Burgirls

Maryam turut berkongsi harapannya untuk membuka kembali kafenya dan menambah lagi cawangan dalam lima tahun sekiranya ada rezeki. 

Gerai Burgirls dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 5 petang hingga 10 malam. Jika berminat, anda boleh membuat pesanan secara dalam talian melalui Instagram mereka.

Nak tahu lebih lanjut mengenai keistimewaan burger buatan Burgirls? Jom tengok video di bawah: - Getaran, 9 Ogos 2021

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di Kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di alamat emel [email protected].

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Lapangan Terbang P. Pinang, Subang Ditingkat Upaya Galakkan Kemasukan Pelabur

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Ditahan Pukul, Ugut Bunuh Ibu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ops Bersepadu Keluar 530 Saman, Sita 3 Kenderaan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Maut Motosikal Berlanggar Jip

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran