web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IKEA Malaysia Raih Pensijilan Halal JAKIM Untuk Semua Restoran, Kafe & Bistro

Pengiktirafan halal itu mengukuhkan kepercayaan dan amalan halal yang telah lama dipraktikkan

Selera Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2025 1:55PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IKEA Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa semua restoran, kafe dan bistro miliknya di seluruh negara kini telah menerima pensijilan halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Pengiktirafan ini secara rasmi memperkukuh amalan halal yang telah menjadi sebahagian daripada operasi IKEA Malaysia selama hampir tiga dekad, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan untuk menjamu selera dengan penuh ketenangan.

Sejak memulakan operasi di Malaysia, IKEA sentiasa berpegang teguh pada prinsip halal, bermula daripada pemilihan bahan mentah yang diperakui halal, pematuhan kepada piawaian penyediaan makanan yang teliti, hinggalah memastikan tiada sebarang penggunaan bahan terlarang. 

Pensijilan ini mengesahkan serta mengangkat lagi komitmen tersebut, seiring dengan usaha IKEA mengekalkan piawaian tinggi terhadap kualiti dan keselamatan makanan.

“Kasih sayang rakyat Malaysia terhadap hidangan kami sentiasa menjadi inspirasi. Pensijilan ini adalah penghormatan kepada kepercayaan, budaya dan komuniti di sini. Di Malaysia, halal bukan sekadar pematuhan, tetapi lambang kepercayaan, penghormatan budaya dan tuntutan agama.

“Melalui kerjasama rapat dengan JAKIM, kami memastikan pematuhan sepenuhnya dalam aspek perolehan bahan, operasi dapur dan latihan kakitangan. Dengan ini, kami berharap dapat memperkukuh lagi ikatan kepercayaan yang terjalin dengan pelanggan kami,” ujar Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys.

Pensijilan halal ini diperoleh setelah melalui proses audit menyeluruh oleh JAKIM, yang melibatkan pengesanan sumber bahan, pemeriksaan operasi dapur serta pelaksanaan latihan staf. 

Pengiktirafan ini turut menegaskan komitmen IKEA Malaysia dalam menyumbang kepada kehidupan seharian yang lebih baik, bukan sahaja melalui kelengkapan rumah, tetapi juga sajian makanan yang selamat, berkualiti dan mencerminkan aspirasi masyarakat tempatan.

Selain itu, IKEA Malaysia terus melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah kelestarian, termasuk memperkenalkan pilihan makanan mesra alam, mengurangkan pembaziran makanan serta memastikan hidangan yang ditawarkan bukan sahaja enak, tetapi juga lebih baik untuk manusia dan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari IKEA.my - Getaran, 2 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000