web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mudah Mengantuk Dan Tak Bermaya, Ini Pilihan Makanan Untuk Atasinya

Selalunya kita akan membancuh kopi untuk menghilangkan mengantuk. Tetapi ada cara lain untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 4:52PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu perkara yang paling menjengkelkan berlaku di tempat kerja ialah, rasa mengantuk selepas makan tengahari. Dengan lambakan kerja yang masih belum selesai, rasa mengantuk ini sudah pasti mengundang masalah.

Selalunya kita akan membancuh kopi untuk menghilangkan mengantuk. Tetapi ada cara lain untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan. Sebelum itu, anda perlu tahu rasa mengantuk ini berlaku apabila gula dalam darah meningkat.

Apabila ini berlaku, ia menggalakkan pengeluaran insulin yang membantu pemindahan gula daripada darah ke sel untuk tenaga. Proses pencernaan ini juga akan menghasilkan serotonin, hormon yang menyebabkan rasa mengantuk.

Salah satu cara untuk mengatasi mengantuk dengan segera ialah dengan menikmati pisang. Ini kerana pisang mengandungi banyak kalium, oleh itu ia dapat mengembalikan kadar kalium dalam tubuh dan melancarkan penghantaran oksigen ke otak.

Selain itu, anda juga perlu memerhatikan pengambilan makanan dalam diet harian. Makanan yang sepatutnya diambil adalah makanan yang paling kurang diproses dan segar. Makanan ini boleh membuatkan tubuh badan sentiasa bertenaga dan segar.

Jom semak pilihan makanan yang patut disertakan dalam diet harian, supaya masalah mengantuk tidak ‘menghantui’ diri saban hari.

1. Tembikai

Buah tembikai tinggi dengan kandungan air iaitu kira-kira 92% dan mengandungi mineral dan vitamin yang baik untuk badan. Selain itu, buah tembikai mempunyai asid amino L-citrulline yang boleh mengurangkan kesakitan otot.

Jika buah ini bukan kegemaran, memadai dengan memastikan diri minum air kosong yang secukupnya. Jumlah air yang perlu diminum bergantung kepada berat badan anda.

Cara kira, setiap 25 kg berat badan perlu 1 liter air. Jika anda mempunyai berat 75 kg, ini bermakna 3 liter perlu diminum setiap hari.

2. Kurma

Kurma adalah gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa, menjadikannya makanan ringan yang sempurna untuk menggalakkan tenaga segera.

Buah kurma juga adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zat besi dan zink.

Untuk mendapatkan khasiat yang terbaik dari kurma, anda perlu rendamkannya semalaman, kemudian hancurkannya sebelum dijadikannya makanan pertama pada keesokan hari.

3. Telur

Telur mengandungi Vitamin B2 yang juga dikenali sebagai riboflavin yang bertanggungjawab untuk menukar makanan kepada tenaga.

Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2. Pastikan juga anda makan keseluruhan telur itu tanpa mengasingkan kuning telur kerana kuning telur ini mengandungi nutrien yang paling banyak.

4. Kacang tanah

Kacang tanah juga merupakan antara makanan yang baik untuk mendapatkan sumber protein, serat dan vitamin B. Kumpulan vitamin B yang terkandung di dalamnya membantu badan menukar makanan kepada tenaga.

Selain itu, kacang tanah juga tinggi dengan mineral magnesium yang boleh melawan keletihan otot. Salah satu cara menikmati kacang tanah dalam diet harian ialah, dengan mengambil mentega kacang. Sama ada di makan begitu sahaja atau jadikan sapuan pada kepingan roti.

Mentega kacang tanah yang rendah gula dan buatan sendiri mungkin pilihan yang baik, kerana kebanyakan jenama di pasaran mengandungi gula dan minyak sayur tambahan.

5. Epal

‘An apple a day keeps the doctor away’, pepatah Inggeris yang paling popular tentang pengambilan epal dalam diet harian. Epal terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan.

Epal adalah pilihan terbaik untuk menggalakkan penurunan berat badan membolehkan kita kekal sihat dan cergas. Buah ini juga kaya dengan serat yang memberi kebaikan kepada sistem penghadaman. Membantu menyingkirkan toksin, seterusnya meningkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan. – Getaran, 16 Julai 2024

Foto : Unsplash

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN