Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tepung Suji Kuih Tradisional Yang Semakin Dilupakan

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kuih tradisional yang dikenali sebagai tepung suji dalam kalangan penduduk di daerah Pekan, Pahang semenangnya begitu sinonim dengan keharuman aroma daun pandan dan keenakan rasanya yang manis berlemak.

Namun dek kerana proses penyediaannya dianggap memakan masa dan memerlukan teknik tertentu, kuih tradisional berwarna hijau yang sering menjadi pencuci mulut dalam majlis perkahwinan suatu ketika dahulu semakin dilupakan serta kurang dikenali oleh generasi kini.

Justeru, bagi memastikan tepung suji tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dua anak jati Pekan mengambil inisiatif untuk mengetengahkan kuih tradisional itu kepada masyarakat antaranya dengan menyertai pertandingan masakan dan mengambil tempahan.

Berkongsi cerita, Siti Baizura Shk Husin, 49, berkata dia dan rakannya, Noor Farahida Ifdal, 34, secara kebetulan memiliki resipi sama yang disimpan oleh ibu mereka.

"Kuih ini kalau cari resipi di laman sosial pun agak kurang dijumpai, memang ramai yang tidak tahu dan tidak cuba buat tetapi kami minat untuk mencuba resipi ini dan bila ada orang yang tahu kami boleh buat, mereka tempah.

"Noor Farahida akan masak tepung suji dan saya akan menghias atau membentuk kuih itu supaya tampil lebih menarik," katanya kepada Bernama di Karnival Rakyat Pahang di sini hari ini yang menyaksikan mereka memenangi tempat kedua Pertandingan Penyediaan Pencuci Mulut. 

Siti Baizura juga berkata ketika tepung suji dipamer pada pertandingan itu, ramai yang mengajukan pertanyaan dan ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mengenali kuih tradisional tersebut.

Noor Farahida pula berkata penyediaan kuih tradisional itu menggunakan lima bahan iaitu tepung suji, gula pasir, telur ayam, santan dan daun pandan selain teknik yang betul serta kesabaran.

"Bahan seperti gula, telur, santan serta air pandan saya mesin dahulu kemudian saya masukkan tepung suji sedikit demi sedikit dan masak dengan api sederhana, bahan-bahan ini perlu sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul dan adakalanya mengambil masa hingga setengah jam.

"Kesemua bahan yang digunakan mesti segar, santan tidak boleh guna yang kotak dan mesti gunakan daun pandan bukannya pewarna untuk membuatkan ia tahan lama... ramai orang yang saya kongsi resipi tetapi tidak jadi kerana mereka tidak ikut betul-betul cara dan bahan yang digunakan," katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata perempuan itu berkata tepung suji yang dijual pada harga RM70 sekilogram sesuai dijadikan hantaran serta cenderahati untuk pelbagai majlis dan acara. 

"Zaman dahulu, tepung suji dipunjut dan dilekatkan bersama bunga telur tetapi sekarang kami dah inovasikan ia menjadi pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan.

“Kami berharap tepung suji akan lebih dikenali selepas ini dan menjadi pilihan orang ramai sebagai kuih kegemaran," katanya. - BERNAMA 

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Teknovasi 4 jam yang lalu

Cantik Tak Perlu Sakit Dengan Rawatan Penyingkiran Rambut Strip AFT

Rawatan penyingkiran rambut separa kekal ini menjamin keselesaan serta hasil yang maksimum.

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran