web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menu Klasik Negeri 'Berjiran' Pilihan Di Restoran Terapung Sungai Linggi

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 4:13PM

Juadah yang boleh dinikmati di Restoran Terapung Sungai Linggi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Sungai Linggi di sini yang bersempadan dengan dua negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan bukan sahaja memberi keunikan dari segi geografi, tetapi juga menawarkan juadah enak untuk dicuba

Kawasan sungai itu yang menjadi habitat hidupan sungai terutamanya udang galah memberi inspirasi kepada pemilik Restoran Terapung Sungai Linggi, Noor Alisa Ann Md Samian, 40, bagi menghidangkan menu klasik dari Negeri Sembilan iaitu masak lemak untuk dinikmati pengunjung terutamanya pelancong dan kaki pancing

"Memandangkan udang galah ialah hidupan paling banyak didapati di sekitar Sungai Linggi dan lokan pula signature kawasan ini, jadi saya gabungkan dua hidupan sungai ini untuk menjadi menu tarikan

"Jadi, kami tawarkan hidangan klasik iaitu masak lemak udang galah dan masak lemak cili api ikan siakap, manakala pelengkap bagi hidangan itu ialah lokan yang dimasak sama ada direbus atau dengan sambal," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Restoran Terapung Sungai Linggi @Taman Lokan itu menerima kunjungan lebih 30 pengamal media dani Melaka dan Johor termasuk jemputan khas Tourism Malaysia Wilayah Selatan bagi memperkenalkan lokasi tarikan pelancongan di Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024.

Noor Alisa Ann berkata restoran yang baru beroperasi kurang dua bulan itu hanya menawarkan dua set hidangan dengan harga RM30 dan RM5O, dan setakat ini sambutan amat menggalakkan.

"Rata-rata pengunjung yang tiba menggunakan perkhidmatan Eco Cruise Sungai Linggi atau tempatan secara persendirian yang dilakukan lebih awal.

"Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, kami sediakan menu klasik, manakala pada hari biasa kami tawarkan masakan panas (gorengan) buat pelancong atau kaki pancing yang singgah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia