web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festive Wonders Diilhamkan Dari Puncak Bersalji Pergunungan Alps

Penggemar kopi boleh dapatkan edisi terhad ini untuk eksplorasi rasa, atau beli mesin kopi untuk dijadikan hadiah.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 9:24PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saban tahun, jenama kopi Nespresso tidak pernah gagal mempersembahkan sesuatu yang istimewa sempena meraikan musim perayaan di penghujung tahun.

Kali ini, ia bersedia untuk memikat penggemar kopi dengan pelancaran koleksi percutian yang diilhamkan dari puncak bersalji pergunungan Alps.

Koleksi edisi terhad Nespresso menjemput pengguna, khususnya penggemar kopi untuk merasai keajaiban perayaan dan mengalami detik kegembiraan, di saat kopi sentiasa menanti. 

Penggemar kopi boleh menikmati pelbagai kopi edisi terhad untuk kedua-dua sistem Original dan Vertuo untuk dinikmati walau di mana jua anda berada, sama ada bercuti ke pusat peranginan dingin Genting Highlands, atau beristirehat di hotel selepas penat membeli-belah di kota raya Kuala Lumpur.

Tawaran perayaan tersebut dimulai dengan Festive Black Espresso dan Festive Black Double Espresso, gabungan biji kopi jenis Arabica dari Honduras, Uganda dan sekitarnya.

Kedua-dua campuran ini mempunyai aroma kayu bakar, diperkukuh dengan sentuhan rasa manis dan berempah yang menghangatkan, serta sedikit rasa buah manis untuk memikat deria rasa.

Nespresso turut memperkenalkan Seasonal Delight Spices Flavoured, kopi yang diinspirasikan oleh minuman perayaan yang tidak lapuk ditelan zaman, membawa anda merasai pemandangan, bunyi, dan pesona pasar perayaan akhir tahun yang klasik.

Campuran biji kopi Arabica ini mempunyai perisa berempah yang memikat daripada kayu manis, bunga cengkih, dan rempah, yang akan membawa deria rasa anda ke detik-detik selepas bermain ski di lereng bukit bersalji.

Penggemar kopi juga boleh mencuba perisa baharu iaitu Frosted Caramel Nut Flavoured yang membawakan rasa karamel dan badam bercampur adunan Arabica untuk memberikan suasana perayaan yang dinantikan sepanjang tahun.

Apabila biji kopi Brazil dan Columbia dengan perisa malt bergabung dengan rasa caramel, ia membangkitkan rasa biskut almond vanila.

Festive Black Espresso, Festive Black Double Espresso, Seasonal Delight Spices Flavoured dan Frosted Caramel Nuts Flavoured berharga RM34 setiap bungkus untuk Original.

Bagi Vertuo, kopi hitam daripada koleksi edisi terhad ini dijual dengan harga RM38 sebungkus, manakala kopi berperisa boleh dinikmati pada harga RM45 sebungkus.

Setiap bungkus mengandungi 10 kapsul kopi, masing-masing menanti untuk memberikan pengalaman kopi yang menarik.

Seperti semua saat yang dikongsi, koleksi ini hanya boleh dibeli dalam tempoh masa dan kuantiti terhad, selagi stok masih ada.

Raikan Keajaiban Perayaan Dengan Mesin Kopi Baharu Yang Elegan

Menjelang perayaan hujung tahun ini, Nespresso memperkenalkan CitiZ Platinum, salah satu mesin Nespresso Original Line.

Ia menawarkan fleksibiliti untuk menyediakan pelbagai minuman kopi, termasuk Espresso (40ml), Lungo (110ml), Americano (150ml), Americano XL (200ml), dan air panas yang boleh diakses melalui lima butang khusus yang mudah.

Mesin canggih ini adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang sentiasa sibuk yang ingin meningkatkan pengalaman kopi mereka.

Reka bentuk CitiZ Platinum yang anggun akan menyerlah di setiap dapur, menambah sentuhan elegan kepada kemudahan yang ditawarkannya. – Getaran, 24 November 2023

Foto : Nespresso

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia