web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidupan Akuatik Terancam Di Asia Inspirasi Balang Edisi Terhad Moccona

Moccona mengajak penggemar kopi menghargai khazanah alam yang tidak ternilai menerusi dua reka bentuk menawan baharu yang diinspirasikan oleh kehidupan laut.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 8:22AM

Penggemar kopi jenama Moccona boleh juga mencari idea untuk 'upcycle' balang hiasan melalui laman sesawang jenama kopi itu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kopi premium, Moccona memperkenalkan balang hiasan edisi terhad baharu yang yang datang dengan reka bentuk bertemakan akuatik.

Ia bertujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai hidupan serta spesies yang terancam di laut.

Diinspirasikan oleh dunia bawah air yang mempesonakan, balang hiasan edisi terhad Moccona menampilkan tiga rekaan ilustrasi indah hidupan terancam iaitu ikan lumba-lumba sungai, penyu laut, dan anjing laut bertompok.

Menerusi tiga reka bentuk ini, Moccona menyasar untuk meningkatkan kesedaran mengenai habitat serta spesies terancam ini, serta pentingnya untuk memelihara khazanah yang tidak ternilai ini.

Moccona memilih untuk menampilkan spesies akuatik yang terancam bagi meningkatkan lagi kesedaran dan sebagai peringatan penting untuk melindungi spesies ini serta habitatnya yang sensitif.

Habitat ini semakin musnah akibat aktiviti manusia seperti penangkapan ikan tidak terkawal dan pencemaran plastik.

Moccona turut menggalakkan penggemar kopi agar membuat perubahan dengan mengguna balang kaca 100 peratus kitar semula ini sebagai perhiasan, cawan kopi, atau bekas menyimpan makanan dan aksesori fesyen, sebagai salah satu cara untuk menyokong kelestarian planet bumi.

Ketua Pemasaran JDE Malaysia, pemilik jenama Moccona, Phoon Shi Fun, berkata pihaknya berhasrat untuk menarik perhatian terhadap isu alam sekitar yang semakin mendesak, dan menawarkan langkah-langkah kecil namun mampu memberikan impak besar.

“Kelestarian alam sekitar adalah sangat penting untuk ekosistem daratan serta lautan kita, kerana ia sangat berkaitan dan penting untuk kesejahteraan kita.

“Di Moccona, kami percaya bahawa tindakan kecil pun boleh membawa kepada perubahan yang besar.

“Menerusi balang hiasan ini, kami berhasrat untuk menarik perhatian terhadap isu alam sekitar yang semakin mendesak ini, dan menawarkan langkah-langkah kecil namun mampu memberikan impak besar yang boleh diambil oleh pengguna ke arah mencipta sebuah dunia yang lebih baik untuk semua,” katanya, baru-baru ini.

Shi Fun berkata, pihaknya berharap dapat menggalakkan lebih ramai penggemar kopi mengamalkan gaya hidup lestari, bermula dengan mengguna semula balang kaca keluaran Moccana, sambil mencipta detik-detik penuh nikmat dengan kopi.

Balang hiasan edisi terhad ini boleh didapati dalam tiga intensiti kopi Moccona (Nombor 5, 8, dan 10) dan dua reka bentuk, boleh dibeli pada harga RM37.96 dan hanya dijual pada tahun ini Sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif kelestarian Moccona dan projek-projeknya yang lain, sila layari https://www.moccona.my/our-inspiration/. – Getaran, 10 Oktober 2023

Foto : Moccona

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia