web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasi Kandaq Festival Himpun Penjual Bawah Satu Bumbung

Festival yang ditunggu-tunggu oleh pemburu nasi kandar ini akan menghimpunkan pelbagai penjual nasi kandar di bawah satu bumbung

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:12AM

Peminat nasi kandar boleh 'memburu' tanpa perlu ke Pulau Pinang untuk menikmati hidangan kegemaran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar nasi kandar, pastikan anda tiada rancangan lain pada 23 dan 24 September hadapan.

Sila tandakan kalendar anda dengan acara Nasi Kandaq Festival yang akan berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Festival yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pemburu nasi kandar ini akan menghimpunkan ramai penjual nasi kandar di bawah satu bumbung.

Merujuk kepada perkongsian laman sesawang All Events In Kuala Lumpur, festival berkenaan adalah projek kolaborasi antara halaman Facebook terkenal, Nasi Kandar Hunter (NKH), Nasi Kandar Transporter (NKT) dan juga Friedchillies. 

Ia bagi meraikan peminat-peminat nasi kandar seluruh Malaysia termasuk NKH yang kini mempunyai keahlian mencecah 250,000 selain mempromosi makanan yang sinonim dengan Pulau Pinang itu.

Walaupun senarai vendor yang mengambil bahagian masih belum diumumkan, difahamkan beberapa restoran dari Pulau Pinang akan menyertainya selain sebuah restoran dari Johor Baru yang mewakili wilayah selatan.

Pencipta kandungan terkenal Pulau Pinang, Jumie TV juga mengumumkan kehadiran mereka ke festival ini.

“Alhamdulillah dapat kata muafakat bersama team Nasi Kandar Hunters (NKH) dan Friedchillies untuk menjayakan Nasi Kandaq Festival pada 23 dan 24 September di Sunway Putra Kuala Lumpur. 

“InsyaAllah, sapa mai nanti event ni akan jumpa Achi Achi kita buat ramai. Nantikan next announcement #nasikandaqfestival,” kata Jumie TV pada 2 September lalu.

Bagi yang tidak mengenali, Jumie TV ialah pengulas makanan dan penerbit skit yang menampilkan beberapa watak unik Pulau Pinang seperti Achi Keriau, Achi Kelumbong dan Achi Cina.

Mereka mempunyai lebih 20,000 pengikut di Facebook dan lebih 55,000 pengikut di TikTok.

Ini adalah kali pertama pesta makanan mengetengahkan nasi kandar khusus di Kuala Lumpur. Friedchillies sebelum ini menganjurkan pelbagai pesta makanan, antaranya bawah siri Friedchillies Makan Best yang merangkumi pesta makanan Jepun, pesta kopi dan juga pesta burger. – Getaran, 11 September 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia