web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Juadah Klasik Raya Dengan Adunan Moden

#InspirasiRaya Anchor Food Professionals menyalakan semula memori makanan tradisional dengan bahan tenusu semula jadi dari New Zealand.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 9:25AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengambil aspirasi juadah tradisional dan pencuci mulut ikonik dari setiap negeri berbeza di seluruh Malaysia, Anchor Food Professionals mencipta semula juadah klasik raya dari desa ke dapur-dapur di Kuala Lumpur.

Kempen ‘Inspirasi Raya’ ini menggamit memori dengan pengenalan 10 juadah tradisional Melayu menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream. Nah, tentu sekali anda sudah kehabisan idea, bukan? Mahu masak apa sepanjang minggu raya ini?

Khabar baik untuk semua, 10 juadah yang diolah berkenaan merangkumi variasi makanan tradisional dan juadah raya terkenal seperti Rendang Tok, Rendang Ayam Pedas dari Perak, Rendang Kambing Hitam dari Pahang dan banyak lagi.

Resepi-resepi itu tadi dilengkapi dengan langkah demi langkah berserta video demonstrasi yang mengunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream sebagai bahan utama.

Bukan calang-calang, resepi-resipi ini disediakan oleh barisan cef profesional seperti Cef Noorfiruz Mohamad Noor, Cef Ichiro Wong dan Cef Chrispian Arthur Epui.  

Setiap kotak Anchor Extra Yield Cooking Cream diperbuat daripada susu segar New Zealand yang berkualiti tinggi. Ia memberi kebaikan tenusu semula jadi yang kaya dengan rasa dan aroma.

Malahan, krim masakan ini memberikan 20% lebih kapasiti berbanding kebanyakan krim masakan UHT (ultra heat treated) yang lain, menjadikannya lebih berbaloi dan menjimatkan. 

Diformulasi untuk kestabilan haba dan tekstur berkrim, Anchor Extra Yield Cooking Cream adalah alternatif terbaik untuk santan.

Jack Tan selaku Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia berkata, “Berikutan COVID-19, memasak di rumah menjadi norma baharu ramai keluarga di Malaysia.”

“Sebagai syarikat tenusu berkualiti tinggi, kami mahu menyediakan penyelesaian terbaik bagi memenuhi permintaan masakan yang kompleks, tetapi mudah untuk dimasak seisi keluarga.”

Tambahnya, “Tahun ini amat mencabar bagi kita semua. Saya harap dengan berkongsi resipi-resipi ini akan membawa kebahagiaan kepada yang meraikannya, baik jauh mahupun dekat.”

“Sambutan raya menjadi lebih mudah dengan Anchor Extra Yield Cooking Cream kerana ia dicipta untuk menjimatkan masa di dapur. Pada masa sama, mengekalkan keaslian resipi,” ujar Tan. 

Dengan warisan teguh sejak 1886, Anchor Food Professionals berprestasi dan dipercayai dalam menghasilkan produk tenusu yang berkualiti tinggi. 

Sempena musim raya ini juga, lebih banyak juadah dan resipi seperti Bubur Pedas (Sarawak), Lontong (Johor), Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri Sembilan), kuih-muih tradisional dan banyak lagi boleh anda pelajari di laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals.

Selamat mencuba! – Getaran, 17 Mei 2021

Semua gambar: Anchor Food Professionals


 

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi