Ungkapan yang sudah seringkali didengari ''di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya''.
Begitulah juga kisahnya dengan Reuben Mattus, individu yang menubuhkan syarikat aiskrim dan mencipta aiskrim, namun isterinya Rose Mattus adalah insan yang mempopularkan Häagen-Dazs.
Rose, seorang wanita yang inovatif dan tidak mengenal erti putus asa berjaya menempuhi pelbagai halangan pada 1960-an dengan menjadikan Häagen-Dazs sebagai pencetus trend di New York.
Häagen-Dazs digilai peminat aiskrim dan tercipta hasil daripada taktik pemasaran serta penjenamaan yang bijak.

Ketika Reuben begitu obses mencipta produk dan perisa berkualiti tinggi yang akan menjadi contoh unggul sebagai lambang asas kemewahan dan kenikmatan, Rose pula menguruskan perniagaan tersebut untuk membantu suaminya menempa kejayaan.
Perisa Häagen-Dazs kegemaran Rose tidak lain tidak bukan adalah perisa vanila. Oleh itu sebagai tanda penghormatan, aiskrim Häagen-Dazs perisa Vanila akan dinamakan semula sebagai Founder’s Favourite atau perisa pujaan hati Rose.
Rose menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 90 tahun, pada 2006 manakala suaminya, Reuben meninggal dunia pada 1994.
Sempena meraikan Hari Wanita Sedunia yang akan disambut pada 8 Mac ini, Häagen-Dazs akan menghadiahkan sesenduk aiskrim vanila percuma kepada setiap pelanggan di lebih 100 cawangan Häagen-Dazs.
Sementara itu, Häagen-Dazs dengan bangganya dijenamakan semula sebagai perniagaan yang diasaskan oleh wanita pada tahun 1960. Di Malaysia, projek ini akan berlangsung di semua cawangan Häagen-Dazs dengan menawarkan promosi ‘Beli 2, Percuma 1 pada 6 hingga 10 Mac (Isnin-Jumaat).
Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, orang ramai boleh mendapatkan bekas aiskrim ‘Founder’s Favourite’ Häagen-Dazs 1960 IWD keluaran terhad di setiap cawangan Häagen-Dazs sepanjang bulan Mac ini. Pelanggan juga boleh menebus tawaran ini dengan mencalonkan seseorang untuk ‘The Rose Project’.
Pencalonan Untuk The Rose Project

‘The Rose Project’ yang akan dilancarkan pada Hari Wanita Sedunia ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan dengan dana berjumlah USD100,000 khusus buat golongan wanita yang ‘Tidak Pernah Gentar’ demi menghormati legasi Rose Mattus.
Rose merupakan rakan niaga sejati Reuben bersama dengan anak perempuan mereka, Doris. Mereka bertiga sama-sama mencipta pelan perniagaan cawangan Häagen-Dazs, tetapi sumbangan Rose tidak begitu didendang berbanding dengan suaminya yang diberi penghargaan sebagai pencipta jenama ais krim tersebut.
Namun begitu, segalanya akan berubah mulai 8 Mac ini melalui pelancaran ‘The Rose Project’. Ia bertujuan menyokong usaha para wanita yang tidak didendang dalam setiap bidang, ‘Tidak Pernah Gentar’ dan layak menerima pengiktirafan.
Inisiatif ini akan menyerlahkan kisah Rose Mattus serta semangatnya supaya dapat memberi inspirasi kepada semua wanita untuk turut berkongsi kisah mereka.
Pencalonan kini dibuka untuk anda menamakan wanita yang tidak didendang (termasuk anda sendiri) yang dirasakan layak menerima pengiktirafan melalui usaha, pencapaian serta sumbangan kepada masyarakat.
Seramai 50 orang ‘Wanita yang Tidak Pernah Gentar’ akan dipilih berdasarkan sumbangan mereka dan berpeluang memenangi satu daripada lima geran kewangan bernilai USD20,000 setiap satu.
Dana The Rose Project akan membolehkan lima pemenang Rose Project ini untuk terus berbakti kepada diri dan masyarakat sekali gus menyerlahkan potensi mereka (atau untuk diberikan kepada mana-mana organisasi yang menyokong matlamat mereka).
Pencalonan boleh dihantar melalui https://iwd.haagen-dazs.global/ . Anda juga boleh memberikan komen anda di media sosial Häagen-Dazs pada hantaran yang meraikan Hari Wanita Sedunia 2023 dan tag wanita yang anda ingin calonkan. Sertakan sekali butiran pendek tentang sebab-sebab anda mencalonkannya menggunakan hashtag #RoseProject. - Getaran, 6 Mac 2023