web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Pizzaiolo' Dari Gua Musang, Bermula Sekadar Hobi Kini Miliki Kedai Sendiri

Bermula sekadar hobi membuat piza di rumah, ibu kepada seorang cahaya mata kini menjadi pembuat piza atau ‘pizzaiolo’ yang turut memiliki kedai sendiri.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 8:05AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Bermula sekadar hobi membuat piza di rumah, ibu kepada seorang cahaya mata kini menjadi pembuat piza atau ‘pizzaiolo’ yang turut memiliki kedai sendiri.

Menurut Nurmasturina Najihah Hassin, 26, selepas tiga tahun memulakan perniagaan itu, piza air tangannya semakin mendapat permintaan ramai.

"..pada mulanya saya menjadikan aktiviti memasak piza sebagai hobi selepas belajar daripada abang saya, Muhammad Aizatul Faiz.

"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 lalu, saya memberanikan diri mencuba membuat jualan dari rumah. Alhamdulillah jualan agak memberangsangkan, jualan pernah mencapai 100 piza sehari walaupun dalam tempoh PKP," katanya ketika ditemui pemberita di kedainya, Quee’N Pizza, di Bandar Baru, di sini.

Beliau berkata hasil jualan itu membolehkannya membeli dua buah lagi ketuhar untuk mengembangkan perniagaan.

Nurmasturina Najihah turut mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang menyumbang mesin pembuat doh.

"Saya menghasilkan 11 jenis piza seperti piza ayam, piza tomyam, beef pepperoni dan mixed spice dengan dibantu dua pekerja. Piza dijual antara RM8 hingga RM18," katanya yang memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.

Bergantung kepada permintaan, menurutnya, beliau menjana pendapatan kira-kira RM4,000 hingga RM6,000 sebulan dengan lebih kurang 70 piza terjual sehari.

“Nasihat saya kepada anak muda lain agar sentiasa bersemangat dan tidak mudah mengalah untuk menceburi bidang yang mampu menjana pendapatan mereka,“ ujar wanita itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

10,000 Orang Asli Temiar Di 7 Penempatan Terputus Hubungan

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Indonesia Maut Diserang Gajah Liar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan