web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikan Warna-Warni Roti Canai

Hidangan unik itu bukan sahaja mempunyai warna menarik seperti merah jambu, hijau, biru dan kuning tetapi jua turut berperisa strawberi, durian, epal, keladi dan jagung. 

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 12:33PM

Dimyati Tualo mengetengahkan roti canai pelbagai perisa dan warna yang diadun menggunakan resepi ‘rahsianya’. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menikmati roti canai yang merupakan makanan sinonim masyarakat Malaysia di warung terletak di Kampung Sungai Yu di sini, tentunya memberi kelainan kepada pengunjung.

Mana tidaknya, pengusaha warung tersebut Dimyati Tualo, 61, mengetengahkan roti canai pelbagai perisa dan warna yang diadun menggunakan resepi ‘rahsianya’.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Bahkan, kedai yang terletak lebih 70 kilometer dari ibu negara itu dikenali sebagai Warung Roti Canai Pelangi kerana barisan doh tepung pelbagai warna terang yang disusun berselang-seli di atas meja bak pelangi sebelum ditebar dan dimasak.

Hidangan unik itu bukan sahaja mempunyai warna menarik seperti merah jambu, hijau, biru dan kuning tetapi jua turut berperisa strawberi, durian, epal, keladi dan jagung. 

Berkongsi lanjut, anak jati Kuala Selangor itu berkata beliau mengambil masa kira-kira enam bulan untuk ‘bereksperimen’ mendapatkan resepi dan sukatan betul bagi memasukkan warna dan bahan perisa yang tepat ke dalam adunan.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

“Mula-mula saya hanya letak pewarna sahaja, empat bulan kemudian saya mula bereksperimen meletakkan bahan perasa pula.  

"Penyesuaian sukatan bahan termasuk pewarna, perisa dan bancuhan air, termasuk suhu sesuai adalah aspek paling mencabar dan rumit bagi menjayakan resepi ini, tersalah bancuhan akan menyebabkan keseluruhan adunan rosak," katanya kepada Bernama. 

Penebar roti canai dengan 15 tahun pengalaman itu berkata perniagaan yang beroperasi 7 pagi hingga 12 tengah hari, itu secara purata menerima 300 pelanggan pada hari Selasa hingga Khamis dan boleh mencecah 1,000 pelanggan ketika beroperasi pada hujung minggu. 

Katanya keunikan roti canai yang mula ditawarkan pada awal 2020 itu turut menjadi tarikan pelancong selain menjadi pilihan persinggahan pasukan konvoi bermotosikal yang melalui kawasan tersebut.  

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Menurutnya, sambutan memberangsangkan pelanggan itu turut membuka peluang pekerjaan secara separuh masa kepada anak-anak muda di kampung berhampiran memandangkan beliau memerlukan sehingga 16 pekerja bagi menyokong operasi. 

Bapa kepada lima anak itu berkata beliau mengambil masa kira-kira empat jam untuk menyiapkan roti canai berharga RM1.50 itu, serta menggunakan hampir 10 guni tepung gandum untuk operasi lima hari seminggu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

2

Selera 2 tahun yang lalu

Nikmati Roti Canai Gaya Baharu Dengan Rollti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program MADANI Rakyat Zon Tengah Bermula Esok, Pelbagai Tarikan Untuk Rakyat

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 8 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN