web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Ke Perlis, Jangan Lupa Singgah Ngopi Di Sini

Dibanding 5 tahun dahulu, memang payah mencari kafe yang menjual pelbagai minuman kopi dan teh di Perlis, namun sekarang tidak lagi. 

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 3:07PM

Rumah Kupi yang terletak di Kampung Kersik Tengah, Mata Ayer, Perlis ini mempunyai identiti tersendiri kerana ia diusahakan di sebuah rumah kampung tradisional milik keluarga Daniel Azizan. - Gambar ihsan @_rumahkupi

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecil bukan sebarang kecil, negeri yang terkenal dengan mangga Harum Manis ini tidak kalah dengan tarikan tersendiri.

Biarpun tarikan banyak tertumpu kepada pelancongan berasaskan alam semulajadi, namun ia berjaya menggamit kedatangan pelancong ke negeri ini. 

Manakan tidak, Perlis juga menjanjikan pengalaman kulinari yang menambat selera. Lebih menggembirakan, makanan yang dijual jauh lebih murah berbanding di tempat lain, terutama kuih-kuih Melayu tradisional. 

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Perlis, pasti anda bersetuju dengan kenyataan ini.

Seiring dengan peredaran masa, pilihan tempat makan di Perlis juga semakin banyak. Lebih tepat lagi, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. 

Dibanding lima tahun dahulu, memang payah mencari kafe yang menjual pelbagai minuman kopi dan teh, namun sekarang tidak lagi. Starbucks juga sudah melebarkan sayapnya di sana apabila mula beroperasi sejak Mac lalu. Senang cerita, Perlis dahulu bukanlah yang sekarang!

Baiklah, jika ada di antara anda yang mahu ke Perlis dalam sedikit masa lagi, ini ada cadangan lokasi selera yang boleh anda singgah untuk menjamu selera.

1) Ngopi Kangar (@ngopikangar)

Kafe yang satu ini terletak di tengah-tengah bandar atau lebih mesra dipanggil pekan Kangar oleh warga tempatan. 

Melangkah masuk ke kafe ini anda akan terus terlihat kaunter utama yang turut mempamerkan pastri yang ada dalam menu. Ada almond bar, apple strudel, pineapple Danish, twist vanilla dan banyak lagi. 

Panini Streaky Beef - Gambar ihsan @ngopikangar
Panini Streaky Beef - Gambar ihsan @ngopikangar

Selain itu anda juga boleh memesan pelbagai jenis sandwich seperti ciabatta chicken salami, croissant honey mustard chicken, French baguette Thai Mayo Chicken dan panini streaky beef.

Pelbagai jenis sandwich disediakan untuk pelanggan. - Gambar ihsan @ngopikangar
Pelbagai jenis sandwich disediakan untuk pelanggan. - Gambar ihsan @ngopikangar

Untuk pilihan kopi atau teh, tidak mengecewakan. Pilihan agak banyak dan harganya juga berbaloi. Cuma tiada pilihan saiz dan cawan atau gelas yang digunakan agak kecil. 

Tentang rasa, penulis sempat menikmati secawan latte dan macchiato, memuaskan tetapi boleh diperbaiki untuk rasa yang lebih mewah. 

Kafe tampil dengan dekorasi sederhana dengan beberapa buah meja kecil. Tidak sesuai untuk berlama-lamaan kerana ada masanya ramai pengunjung lain menunggu giliran untuk duduk. 

Ngopi Kangar dibuka pada setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam, kecuali Jumaat dibuka pada jam 3.00 petang.

2) Rumah Kupi (@_rumahkupi)

Terletak di Kampung Kersik Tengah, Mata Ayer, kafe yang berlatarkan suasana kampung ini memang layak dikunjungi untuk acara minum petang. Diilhamkan Daniel Azizan, 25, Rumah Kupi ini punya identiti tersendiri kerana ia diusahakan di sebuah rumah kampung tradisional milik keluarga Daniel.

Tampil dengan dekorasi ringkas dengan mengetengahkan barangan lama, pengunjung boleh menghilangkan dahaga dengan pelbagai menu kopi dan bukan berasaskan kopi. 

Antara minuman yang patut anda cuba adalah  Kopi Cengkih, Minyak Tumpah, Kopi Senja, Dirty Matcha beserta Millate yang merupakan minuman istimewa mereka.

Croissant coklat - Gambar ihsan @_rumahkupi
Croissant coklat - Gambar ihsan @_rumahkupi

Untuk pilihan makanan, ada citarasa kampung dan juga citarasa moden seperti nasi lemak sotong, nasi lemak ayam berempah, bebola daging dan kentang lenyek, pulut udang, croissant coklat dan beberapa jenis pastri.

Rumah Kupi dibuka pada setiap hari kecuali Ahad dari jam 3 petang hingga 10 malam.

3) Tentang Kopi (@tentangkopi.kgr)

Mula beroperasi kira-kira setahun-kira setahun lalu, Tentang Kopi juga menjanjikan pengalaman menjamu selera yang tidak kurang hebatnya. 

Kafe kecil di Kampung Nesam, Kangar ini pernah dikunjungi pelakon Nora Danish dan beberapa rakan lain ketika dia sedang menjalani penggambaran tidak beberapa lama dahulu.

kopi ice mocha - Gambar ihsan  @tentangkopi.kgr
kopi ice mocha - Gambar ihsan @tentangkopi.kgr

Pilihan kopi di sini agak kreatif kerana ia bukan sekadar menghidangkan menu biasa yang boleh didapati di mana-mana, tetapi ia juga mempersembahkan minuman yang agak istimewa seperti Black Forest Latte, Hazelnut Cocoa, Crème Brulee Latte, dan Pandan Café Latte. Selain itu, ada juga jus buah-buahan jika anda mahukan pilihan yang lebih sihat.

Minuman istimewa, Crème Brulee Latte. - Gambar ihsan @tentangkopi.kgr
Minuman istimewa, Crème Brulee Latte. - Gambar ihsan @tentangkopi.kgr

Berbanding kedua-dua buah kafe di atas, Tentang Kopi mempunyai seleksi makanan yang lebih banyak. Jika melihat kepada daftar menu, ada kategori pasta, Asia, barat, snek  dan juga hidangan utama yang terdiri daripada menu kegemaran tempatan dan Thailand. 

Set Ayam Ijo - Gambar ihsan @tentangkopi.kgr
Set Ayam Ijo - Gambar ihsan @tentangkopi.kgr

Antara yang menarik perhatian adalah Nasi Goreng Cili Tumbuk, Set Ayam Buttermilk, Set Ayam Ijo,  Pizza Kentang Goreng  serta  menu kegemaran ramai Carbonara Tomyam Spaghetti. 

Tentang Kopi dibuka dari Sabtu hingga Khamis, dari jam 2.00 petang hingga 9.30 malam. - Getaran, 23 Julai 2022 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan