web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Jika Kolesterol Tinggi

Jika anda sudah diberi amaran tentang tahap kolesterol yang tinggi, ini bermakna sudah sampai masanya anda berhati-hati dalam memilih makanan.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 10:00AM

Makanan diproses seperti hotdog menggunakan potongan daging merah yang paling berlemak yang mempunyai kolestrol tinggi.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jangan pandang enteng dengan masalah kolesterol tinggi. Masalah ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kelesuan, halitosis (mulut berbau), disfungsi ereksi, sembelit dan paling menakutkan serangan strok.

Dek itulah, mereka yang punya masalah kolesterol tinggi diminta berhati-hati dalam pemilihan makanan. Jika berdiet tidak boleh membantu, doktor akan menyarankan agar anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen bagi membantu anda menurunkan kadar kolesterol (jahat).

Jika anda sudah diberi amaran tentang tahap kolesterol yang tinggi, ini bermakna sudah sampai masanya anda berhati-hati dalam memilih makanan. Berikut adalah 4 makanan yang perlu anda elakkan jika anda mempunyai kolesterol tinggi:

Gambar hiasan
Gambar hiasan

1. Daging merah

Daging lembu dan kambing biasanya tinggi dengan lemak tepu. Kepingan daging burger, daging rusuk, dan daging panggang mempunyai kandungan lemak paling tinggi. Jadi, kurangkan pengambilan kumpulan makanan ini. Hanya makan sekali-sekala.

Hadkan saiz hidangan kepada 85 gram dan gunakan potongan yang lebih kurus seperti sirloin atau filet mignon. Lebih baik lagi, gantikan daging dengan protein yang lebih rendah lemak tepu dan kolesterol, seperti ayam tanpa kulit atau dada ayam belanda, ikan dan kekacang.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

2. Makanan bergoreng

Makanan yang digoreng dalam minyak yang penuh seperti jejari kentang, ayam goreng, pisang goreng, dan corn dog adalah antara makanan yang paling teruk dalam hal kolesterol. Menggoreng meningkatkan kiraan kalori makanan. Jika anda sangat menggemari  kerangupan makanan bergoreng, gunakan ‘penggoreng udara’ dan gunakan sedikit minyak zaitun ketika mahu menggoreng.

3. Makanan proses

Hotdog, sosej dan pati burger daging menggunakan potongan daging merah yang paling berlemak, dan ini bermakna ia tinggi kolesterol dan lemak tepu. Sosej yang dibuat dengan ayam belanda atau ayam mungkin kelihatan lebih sihat, dan ia agak rendah kolesterol berbanding versi daging merah, tetapi ia tidak bebas kolesterol.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

4. Makanan yang dibakar

Biskut, kek dan pastri selalunya dibuat dengan mentega yang banyak, menjadikannya tinggi kolesterol. Untuk menikmati hidangan pemanis mulut atau snek kegemaran, anda perlu gunakan bahan-bahan yang boleh menggantikan mentega. Contohnya, gunakan minyak jagung atau minyak canola untuk menggantikan mentega. Atau dapatkan yogurt rendah lemak yang dihiasi beri untuk pencuci mulut. - Getaran 18 Julai 2022

Rujukan: https://www.health.harvard.edu/

Foto: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan