web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isi Biji Dabai Sehebat Pistachio Dapat Jadi Produk Baru Sarawak

Sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak, namun bijinya yang mengandungi isi yang boleh dimakan itu biasanya dibuang begitu sahaja.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jun 2022 6:15PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isi dari dalam biji buah Dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang Pistasio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak, namun bijinya yang mengandungi isi yang boleh dimakan itu biasanya dibuang begitu sahaja.

"Isinya (dari dalam biji buah dabai) sebenarnya boleh dimakan, rasanya enak seperti kacang Pistasio, dan jika dimanfaatkan boleh menjadi inovasi yang dapat ditingkatkan lagi untuk menjadi satu lagi produk,” katanya kepada pemberita sewaktu meninjau Bazar Festival Gawai di Kuching, Sarawak.

Menurutnya bazar anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di perkarangan Dewan MBKS itu merupakan salah satu wadah untuk mempromosikan makanan asli orang Sarawak, selain memberi peluang kepada usahawan Dayak untuk menjana pendapatan dengan memperkenalkan produk keluaran mereka.

"Dengan mempersembahkan pelbagai kelainan dan keunikan, bazar ini juga boleh menarik minat ramai orang untuk datang, bukan sahaja orang tempatan malah orang luar dari Semenanjung dan pelancong luar negeri," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN