web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedah Perkenal Varieti Durian Baharu 'J. Sparrow' Dan 'Jerai'

Jabatan Pertanian Negeri Kedah hari ini memperkenalkan varieti durian baharu dikenali D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong, Kedah.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 6:04PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Pertanian Negeri Kedah hari ini memperkenalkan varieti durian baharu dikenali D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong, Sungai Petani.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah Datuk Azman Nasrudin berkata durian klon itu akan menjadi produk baharu kepada penggemar durian di negara ini.

"Kedah menawarkan varieti durian baharu dan yakin ia bakal diterima baik, varieti durian klon D216 dan D217 ini memiliki rasa dan rupa bentuk tersendiri yang akan jadi permintaan tinggi dalam kalangan penggemar durian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan durian klon itu di ladang durian berkenaan dekat sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Kedah Ramli Abdul Rahman selain pengusaha varieti durian baharu itu, Teoh Seng Khoon.

Mengulas lanjut, Azman berkata antara ciri utama durian J. Sparrow ialah isi utamanya berwarna keperangan dan kuning muda serta mempunyai aroma sederhana dengan purata kemanisannya ialah 35.3 peratus Brix selain memiliki rasa pahit sederhana.

"Durian Jerai pula isi utamanya berwarna kuning muda dan ia mempunyai aroma yang kuat, purata kemanisannya pula adalah 35 peratus Brix. Ia mempunyai kepahitan sederhana, teksturnya sederhana kasar dan memiliki rasa berkrim yang kuat," katanya.

Azman berkata pihaknya mengharapkan pengusaha varieti durian itu dapat memperbanyakkan lagi penanaman pokok durian itu agar dapat dipasarkan dengan lebih meluas hingga ke luar Kedah. 

Kini terdapat tujuh pokok durian varieti J. Sparrow manakala 10 pokok bagi varieti durian Jerai.

Sementara itu, Teoh berkata orang ramai yang ingin merasai dua durian klon itu boleh datang terus ke ladang durian tersebut kerana ia belum dijual di pasaran luar setakat ini.

Beliau berkata durian J. Sparrow dijual antara RM35 hingga RM45 sekilogram manakala durian Jerai antara RM20 hingga RM35 sekilogram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kedai Perkakasan Di Duyong Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Deretan 6 Kedai Di Pekan Lama Sungai Petani Terbakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan