Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jeruk Bosou Umbut Pisang Pikat Selera 'Orang KL'

Antara lain, ia dihasilkan menggunakan bahan utama seperti umbut pisang, nasi, lada putih atau merah, halia, lengkuas, bunga kantan dan garam.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 11:52AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bosou umbut pisang ini sangat enak dan sesuai dijadikan sebagai pembuka selera, kata seorang pengunjung ruangan karnival jualan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada siri jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah Laily Zakaria dari Kuala Lumpur.

Laily, 42, datang semula ke reruai usahawan bosou umbut pisang Velen Edith Galingan, bagi 'memborong' lebih banyak makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut Rungus itu, untuk dibawa pulang ke Semenanjung selepas terpikat dengan kombinasi rasa yang menurutnya 'ngam' sebagai pembuka selera.

Walaupun sebelum ini Laily sudah beberapa kali datang ke Sabah, namun ini adalah kali pertama beliau merasai pengalaman menikmati keenakan jeruk bosou umbut pisang.

“Semalam (Sabtu) saya beli sebotol jeruk bosou umbut pisang untuk dicuba dan saya boleh habis satu pinggan nasi. Sebelum ini, saya tidak pernah makan jeruk seperti ini. Keistimewaannya adalah pada gabungan rasa antara masam dan pedas, secukup rasa.

“Sangat sedap dan saya memang suka makanan pembuka selera sebab itu saya datang semula ke sini (ruangan reruai usahawan) untuk 'memborong' 10 botol bosou umbut pisang. Nak buat simpanan sendiri memandangkan ia tiada (dijual) di Semenanjung,” kata penjawat awam itu ketika ditemui Bernama, hari ini.

Laily berkata beliau juga tidak teragak-agak mempromosikan keenakan rasa jeruk bosou umbut pisang kepada rakan-rakan lain yang berkunjung ke siri jelajah tersebut sehingga ada antara mereka turut berminat untuk membeli produk makanan tradisi Sabah itu.

Gambar: Velen Edith
Gambar: Velen Edith

Jeruk bosou umbut pisang antara lain dihasilkan menggunakan bahan utama seperti umbut pisang, nasi, lada putih atau merah, halia, lengkuas, bunga kantan dan garam.

Sementara itu Velen Edith, 54, yang tersenyum lebar dan gembira kerana jeruk bosou umbut pisang yang dijual pada harga RM8 sebotol itu, mendapat sambutan menggalakkan daripada segenap Keluarga Malaysia termasuk dari Semenanjung.

Usahawan berasal dari Kota Marudu itu juga, tidak menyangka produk makanan tradisi itu laris terjual sejak hari pertama siri jelajah AKM edisi Sabah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini selama tiga hari berakhir hari ini.

“Saya hanya bawa dalam 300 botol sahaja dan pada hari pertama, bosou umbut pisang ini sudah terjual lebih 100 botol,” kata usahawan wanita yang mendapat bimbingan daripada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah itu.

Walaupun mempunyai ramai pengedar di seluruh Sabah, namun Velen Edith berkata, jelajah AKM mampu menjadi platform yang dapat membantu mempromosi, sekali gus memperluaskan lagi potensi produk makanannya itu agar lebih dikenali di seluruh negara.

Beliau berkata setakat ini, orang Sabah yang bekerja di Semenanjung termasuk di luar negara seperti Singapura, Australia serta Dubai, banyak membantunya memperkenalkan jeruk bosou umbut pisang kerana ada antara mereka yang membeli dan kemudian menjual produk makan tradisi itu kepada rakan-rakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Tiada Kes Kekejangan, Strok Haba Dilaporkan Di Sabah Setakat Ini

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: 9 Tuntutan Asas Selesai Sepenuhnya

4

Selera 1 bulan yang lalu

Pewartaan Warisan Negara Buka Jalan Promosi Jeruk Tuhau Ke Seluruh Dunia

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selera 5 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 1 jam yang lalu

Aidilfitri: Samping 'Segera' Lebih Mudah, Kemas Dan Semakin Jadi Pilihan 

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya