web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memasak Ala Cef, Hidangan Lebih Sempurna Memikat Selera

Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju adalah ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 4:30PM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. 

Bagi warga Malaysia yang sememangnya menggemari makanan yang berkrim dan savoury, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan.

Keju bukan sahaja mampu meningkatkan rasa sesebuah hidangan, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang boleh anda nikmati dan setiap satunya memiliki kualiti unik dan rasa keju yang cukup berbeza.

‘Perfect Italiano’ merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah Malaysia dan jenama ini menawarkan pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah penghasilan keju Itali tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! 

Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional. Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa ‘gusto perfetto’ (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. 

Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain!

Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa! Malah, ia hadir dengan saiz bungkusan 150 gram, sesuai untuk satu hidangan. 

“Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150 gram ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi,” ujar Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu. 

"Dengan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150 gram yang lebih kecil ini, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan serta memberikan mereka pengalaman baharu dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.

Jika anda gemar menikmati piza dengan ‘keju tarik’, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.

Untuk hidangan yang dibakar bersama keju, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik. Penambahan parmesan memberikan rasa hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan. Jadi ia sesuai untuk semua makanan yang dibakar.

Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style.

Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair - Mozzarella, Red Cheddar dan Colby - meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. 

Dapatkan lebih banyak resipi daripada Perfect Italiano di akaun Facebook Dairylicious Malaysia dan akaun TikTok @dairyliciousmalaysia. - Getaran, 16 Mei 2022 

Gambar: Perfect Italiano

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kibaran Bendera Palestin Di Menara Condong Pisa, Itali

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bila Suka Bertukar Duka…

3

TARA 3 tahun yang lalu

5 Kudapan dari Malaysia Timur Memeriahkan Sambutan Kaamatan Dan Gawai

4

TARA 3 tahun yang lalu

Jangan Susah Hati Kalau Tak Pandai Masak, Anda Pasti Boleh

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN