web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Burnin’ Pit, Penuhi Selera Penggemar Daging Salai

Untuk penggemar daging, kami mahu kenalkan anda kepada Burnin’ Pit, restoran konsep barbeku gaya Texas.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 2:30PM

Gambar: Alif Omar

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daging atau ayam yang disalai sememangnya mempunyai rasa yang cukup istimewa. Ramai yang tidak kisah berbelanja mahal asalkan menu ini dapat dinikmati sekali gus memuaskan selera. 

Jadi tidak hairanlah ramai pengusaha yang sanggup melabur wang untuk bisnes restoran yang menyajikan menu klasik daripada restoran-restoran popular di Amerika Syarikat ini.

Salah satu restoran yang semakin mendapat tempat di hati peminat kulinari ialah Burnin’ Pit, yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. 

Restoran yang menghidangkan pelbagai variasi hidangan daging, ayam dan kambing salai ini punya keistimewaan sendiri, iaitu mengetengahkan konsep barbeku gaya Texas.

Diterajui oleh pitmaster Kam Kok Fung dan Chef Eksekutif, Eugene Cheam, Burnin’ Pit pasti membuatkan anda tersenyum sebaik sahaja hidangan yang dipesan sampai ke meja. 

Apa tidaknya, awal-awal lagi pandangan mata terpukau dengan gaya persembahan hidangan yang cukup mengiurkan. 

Selepas menikmatinya, perasaannya lebih lagi. Lembut, enak, berjus! Daging salai yang menjadi bintang utama restoran ini mencair di dalam mulut. 

Perapan juga sempurna. Tak perlu susah-susah memotongnya dengan pisau. Kuis atau tarik-tarik sahaja dengan garpu. Bahasa mudahnya ia sempurna!

Berkongsi tentang proses menyalai daging, Kok Fung memberitahu walaupun Burnin ’Pit mengetengahkan barbeku gaya Texas, tetapi dia dan pasukannya tetap menyuntik citarasa tempatan bagi menambat selera penduduk tempatan. 

“Untuk memastikan hidangan yang kami sediakan boleh diterima oleh penduduk tempatan, kami ada buat ubah suai atau menambah baik resepi yang asal.”

“Selain itu kami juga menitikberatkan proses penyediaannya. Setiap daging yang ingin disalai akan digosok kering dengan menggunakan nisbah garam 30-70 bagi memastikan perisa semula jadinya menyerlah.”

“Selain itu, kita juga menggunakan pelbagai jenis kayu untuk menyalai seperti kayu pokok getah, durian, rambutan, dan nangka. Ini adalah bertujuan untuk membangkitkan aroma dan rasa daging yang sememangnya luar bias jika ia dimasak dengan sempurna.”

“Proses menyalai pula biasanya akan mengambil masa di antara enam hingga 12 jam, bergantung pada saiz dan potongan daging,” ujar Kok Fung.

Selain itu, Kok Fung juga menegaskan semua daging yang digunakan merupakan daging berkualiti tinggi yang diimport dari luar negara seperti Australia dan New Zealand. 

Bahkan, anda juga tidak perlu was-was untuk menjamu selera di sini kerana bekalan daging diperolehi daripada pembekal yang diperakui halal. 

Antara hidangan popular di sini ialah brisket daging lembu, tulang rusuk daging lembu, The Tipsy Pitmaster, mac and cheese, southern slaw (coleslaw) dan kacang panggang buatan sendiri. 

Semua hidangan disajikan bersama sos buatan sendiri Burnin 'Pit, sos BBQ pedas gula melaka dan sos cuka pic manis. 

Bagi yang lebih gemar menjamu selera di meja makan sendiri di rumah, anda boleh memesan daging salai yang dibungkus secara vakum menggunakan plastik bebas BPA. 

Ini bertujuan untuk memastikan daging tetap segar dan rasanya masih terpelihara. Apabila sedia untuk dimakan, anda hanya perlu masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan selama 10 minit. 

Selepas itu, hanya angkat, keluarkan daripada plastik dan hidang!

Untuk tempahan, boleh ke  https://letsumai.com/widget/the-burnin-pit. Selain itu, anda juga boleh memesannya di GrabFood, Food Panda dan AirAsia Food. -  Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN