Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Buka Puasa Di Ladang Lembu Pun Menyeronokkan

Lokasi buka puasa yang dikongsikan kali ini adalah lokasi yang baru diperkenalkan buat julung-julung kalinya tahun ini. Namun, ia menjadi bualan ramai sehingga sohor di media sosial.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 10:00AM

Gambar: Alif Omar

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lokasi buka puasa yang ingin dikongsikan kali ini adalah lokasi yang baru diperkenalkan buat julung-julung kalinya tahun ini. 

Namun, ia menjadi bualan ramai sehingga sohor di media sosial. Kerana itulah, pakej ‘Ja-Moo Selera Together’ oleh Acre by Farm Fresh sudah habis ditempah sehingga 1 Mei ini. 

Jika anda salah seorang yang berjaya membuat tempahan, tahniah diucapkan. Anda tidak salah membuat pilihan.

Dengan harga RM98++ untuk dewasa, anda akan meraih pengalaman berbuka puasa yang lain daripada yang lain. Dapat bergambar sepuas-puasnya, dapat menikmati makanan yang lazat menyelerakan.

Keseronokan berbuka puasa di Acre by Farm Fresh bermula sebaik sahaja anda tiba di pintu hadapan ladang tenusu ini. Dari jauh anda dapat melihat bagaimana ladang ini dihias cantik menanti kehadiran tetamu yang ingin menjamu selera.

Tambah menarik, boleh ikuti ‘rombongan’ menaiki trak mengelilingi ladang. Jadi, dapatlah mengintai apa yang ada di ladang lembu yang menghasilkan susu jenama Farm Fresh ini.

Bahkan anda juga akan dibawa singgah ke lokasi yang sering menjadi pilihan penggambaran drama, klip video mahupun iklan komersial. Jadi bolehlah memotret gambar sendiri untuk dijadikan kenangan.

Jika cuaca baik, boleh saksikan pemandangan matahari terbenam dari kejauhan. 

Bercerita lanjut tentang hidangan yang tersedia, lokasi selera ini menghidangkan pelbagai makanan kegemaran Malaysia seperti ayam percik, ayam kapitan, kambing kuzi, daging salai masak lemak, daging masak hitam, sambal petai udang, gulai kawah, pajeri nanas, daging tetel asam pedas, sup ekor, sup tulang, dan udang kam heong. 

Tidak ketinggalan pelbagai menu sampingan seperti ulam-ulaman dan salad, hidangan pemanis mulut seperti kuih-kuih Melayu dan pelbagai jenis kek, sate, kambing bakar, martabak, rojak dan pelbagai juadah memoo-kau!​

Bagaimanapun, setiap hari juadah yang disediakan tidak sama kerana tempat makan ini mengguna pakai sistem penggiliran. Jika hari ini ada daging salai masak lemak, mungkin esok hidangan ini ditukar dengan gulai kawah. 

Jujurnya, walaupun pilihan yang tersedia tidaklah sebanyak di hotel-hotel, namun anda akan berasa puas kerana setiap hidangan tidak mengecewakan.

Jika ternampak daging masak hitam, sambal petai udang dan sup ekor, jangan teragak-agak untuk mencuba. Ketiga-tiga menu ini memang wah, memikat selera! 

Menjenguk ke kaunter minuman, ajnas pilihannya pasti membuat anda rambang mata.

Terdapat lebih daripada tiga jenis minuman sejuk dan panas yang boleh dipilih. Antaranya ialah tembikai laici, keladi, sirap bandung, teh tarik dan kopi.

Jika anda penggemar minuman manis teh boba, bolehlah pesan Jom-Cha yang terdiri lebih daripada 10 pilihan rasa. Tapi, kena bayar berasingan kerana ia tidak termasuk dalam bufet buka puasa. 

Satu lagi tip untuk mereka yang bakal berbuka puasa di sini ialah jangan lupa bersiap cantik-cantik. Boleh juga pakai baju raya.

Datang ikut masa yang ditetapkan atau datang awal jika mahu merakam memori di setiap sudut yang ‘instagramable’. Selamat menjamu selera. - Getaran, 25 April 2022

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY